“Untung sungguh ada mak MUA makeup”- Netizen

Buat para peminat dunia solekan, pastinya mengenali pemilik nama MUA Bellaz. Pemilik nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini dikenali ramai kerana bakat solekan yang dimiliki oleh beliau. Nama beliau juga tular kerana kepetahan beliau sewaktu sesi siaran langsung berinteraksi bersama para peminat beliau sambil memaparkan gaya solekan buat para pengikut selama ini.

Meskipun ada yang kurang senang dengan beliau, namun ianya tidak pernah memudarkan semangat wanita ini untuk terus berusaha demi keluarga tercinta. Ibu kepada 3 orang anak yang mesra di sapa dengan nama Bella itu kian di kenali berikutan kepetahan beliau berinteraksi dengan para pengikut di laman Facebook semasa membuat sesi tutorial solekan.

Wajah Bella yang berketurunan Turki Melayu ini kini kerap menghiasi media sosial yang terinspirasi dengan kejayaan dan sikap tidak puutus asa yang dimilikinya. Menurut Bella minat terhadap bidang solekan muncul setelah melahirkan anak pertamanya.

Beliau juga yang baru bersalin pada 29 Julai yang lalu memperkenalkan anak bongsunya itu kepada para pengikut Instagram dengan memberi nama anaknya Nur Asywara Nealofaa.

Malahan Neelofa sendiri meningg4lkan komen di salah satu gambar anak MUA Bellaz itu setelah menyedari nama anak rakannya itu hampir serupa dengan namanya. Balas Bella pula, beliau sememangnya mengambil inspirasi daripada nama usahawan terkenal itu untuk di berikan buat anaknya.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram jurusolek berkenaan, beliau berkongsi aktiviti anak sulung yang meminta di solek bersempena hari sukan yang di anjurkan di sekolahnya. Menurut Bella lagi, anaknya itu di pilih sebagai mascot bagi rumah sukan sekolahnya.

Anaknya yang merupakan ahli rumah kuning memakai pakaian serba kuning sebagai mewakili rumah sukan berkenaan. Anak sulungnya yang di mesra di sapa sebagai Eica di amanahkan untuk memegang nama ketika acara perbarisan sukan.

Ibu mana yang tidak teruja melihat anak yang bersemangat demi pengalaman baru di sekolah mereka. Bella turut berkata, beliau juga akan turut ke sekolah anaknya itu untuk memberikan sokongan sebagai penonton kepada anaknya.

Para pengikut akaun Instagram Bella turut meningg4lkan komen di perkongsian berkenaan meminta supaya Bella turut berkongsi gambar Eica di acara sukan sekolah tersebut.

Tidak kurang juga yang berkata bahawa Eica sangat beruntung mempunyai ibu yang pandai makeup. Solekan Bella buat anaknya itu juga membuatkan wajah Eica kelihatan agak berbeza daripada biasa. Berikut di kongsikan komen netizen.

Cantik betul anak dara sulung Bella ni. Nampak lain betul bila dah di solekkan oleh ibunya sendiri. Beliau kini mempunyai seramai 2.1 Juta pengikut di akaun instagramnya.

Kini apa jua perkongsian Bella di instagram pasti akan mendapat perhatian para pengikut akaun beliau. Beliau yang menyedari namanya semakin di kenali dalam kalangan masyarakat sebelum ini pernah memberikan sedekah sedekah karipap pusing keluaran syarikatnya kepada ibu hamil yang mengidam dan teringin untuk merasa karipap pusing.

Sumber: ig muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!