“Aku pernah gini haha kesah pulak”- Nad Zainal

Bergelar seorang selebriti sudah pasti memerluukan penampilan yang versatil dan trending. Ke mana sahaja mereka berada, gaya penampilan yang menjadi perhatian ramai netizen. Maka kerana itu, seseorang selebriti perlu mementingkan penampilan mereka kerana mereka juga antara ikon fesyen buat para peminat. Apa yang dipakai selebriti kita, pasti netizen akan ikut sama dan jadikan ia satu inspirasi.

Tidak terkecuali, selebriti Nazim Othman juga cukup popular dengan penampilannya yang ala-ala korean dan disukai ramai golongan wanita.

Seperti yang ramai ketahui, Nazim popular dengan penampilannya yang cukup versatil dan sangat menitik berat dengan penjagaan diri beliau.

Lihatlah wajah Nazim, bersih dan pakaian pun kemas je. Tak dinafikan, Nazim antara selebriti yang sangat menjaga penampilan.

Malah baru-baru ini, beliau hadir ke salon untuk menukar stail rambut terbaru. Ini pun sudah menunjukkan beliau memang menjaga penampilannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Menerusi posting video Nazim, kelihatan beliau memiliki rambut baharu. Dan ketika menunggu proses rambut barunya, sempat lagi Nazim ke kedai buku dan restoran.

Nazim sempat membeli beberapa buku majalah di kedai berhampiran salon itu dan sempat menyinggah restoran untuk menjamah selera dalam keadaan rambut yang sedang belum siap lagi.

Lain daripada yang lain ye cara Nazim hilangkan bisan sambil tunggu rambut bertukar colour. Memandangkan rambut beliau perlu tunggu dalam jangka masa yang lama, hal itu membuatkan Nazim sempat beli majalah dan pergi makan di restoran. Tipulah jika tiada yang pelik melihatnya. Namun Nazim sendiri tidak kisah dengan kata-kata orang hehe..

Melihat posting video Nazim, video itu telah menerima 116,000 tontonan dan 95 komen daripada netizen.

Terbaiklah Nazim. Sikit pun tak hirau bila keluar dari salon dengan rambut yang belum siap sepenuhnya. Janji Nazim happy hehe.

Sumber: Instagram nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!