“Fatima plg suka dgr azan, dia akan khusyuk tak bergerak mcm ni”- Fazura

Aktres popular Fazura antara wanita paling cantik di Malaysia. Fazura yang terkenal dengan kecantikan aslinya malahan sikap ramah mesra Fazura juga membuatkan ramai peminat sangat menyenangi dengan dirinya. Dari Fazura mula berjinak di dalam bidang lakonan sehinggalah sekarang sudah bergelar ibu, peminat-peminat sentiasa mengikuti perkembangan fazura serta anaknya, Fatima di laman sosial.

Kehadiran Fatima cukup melengkapi kehidupan Fazura dan suaminya, Fattah Amin. Gelagat comel Fatima sentiasa menceriakan ibu dan bapanya.

Siapa sangka, Populariti Fatima semakin mendapat perhatian dari peminat-peminat ibunya. Fatima pun ada ramai peminat tau. Mana tidaknya, wajah comel Fatima sama iras seperti ibunya.

Baru-baru ini, Fazura berkongsi beberaa foto Fatima bersama dirinya beserta kapsyen yang menjadi tumpuan ramai.

Fazura sendiri mendedahkan, Fatima seorang anak kecil yang suka dan khusyuk mendengar laungan azan. Walaupun Fatima masih kecil, sudah nampak gelagat Fatima itu bakal menjadi anak yang solehah.

Posting foto Fatima yang kelihatan khusyuk tatkala azan berkumandang membuatkan ramai netizen ‘cair hati’ melihatnya. Nampak fokus betul Fatima ye.

“Dah nampak ciri-ciri anak solehah ni, kenapa comel sgt fatima ni, nak nangis tengok kecomelan dia”- Netizen

Dalam pada itu, posting foto Fatima dan Fazura telah menerima 132,000 tanda suka dan ratusan komen daripada rakan artis serta netizen sekitar tujuh jam yang lalu.

Ramai netizen juga memuji wajah comel yang dimiliki Fatima dan teruja melihat perkembangan anak comel itu.

Tak sabarnya nak tunggu Fatimabesar, mesti bakal jadi anak yang solehah satu hari nanti. Lawa mesti ikut macam mummy dia nanti hehe

Sumber: Instagram Missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*