“Aku nak tergolek sebab excited sangat nak lambai korang”- Nabila Huda

Malam Anugerah Juara Lagu kali ke 36 yang telah berlangsung baru-baru ini menjadi tumpuan ramai penonton. Acara berprestij ini antara acara yang wajib diadakan pada setiap tahun bagi menobatkan lagu-lagu terbaik di Malaysia. Tahniah buat semua finalis AJL36 yang sudah berhempas pulas menjayakan persembahan mereka.

Untuk AJL36 kali ini, Nabila Huda eprtama kali dijemput sebagai pengacara bagi acara penting itu. Gandingan Nabila dan Alif Satar ternyata memang nampak sepadan sekali meskipun Nabila pertama kali mengacara di pentas ajl36.

Nabila Huda masih baru melibatkan diri dalam bidang pengacaraan dengan bermulanya karier mengacara program realiti Melodi. Daripada program hiburan tersebut, Nabila dilihat cukup berpotensi untuk mengacara AJL36 dengan baik sekali.

Namun, sesuatu yang melucukan terjadi kepada Nabila ketika mengacara majlis AJL36 baru-baru ini selepas beliau hampir terj4tuh di hadapan ramai penonton gara gara kasut tumit tingginya.

Ketika Nabila ingin melambai ke arah Shiha Zikir, kasut Nabila tergelincir dan bernasib baik sempat menstabilkan badannya. Reaksi Alif sedikit terkejut selepas melihat kejadian itu.

Dalam pada itu, busana Nabila antara menjadi perhatian penonton kerana unik dan ringkas. Rata-rata netizen memuji busana yang dipakai Nabila pada malam AJL berkenaan.

Dan video Nabila hampir jaatuh yang dikongsi di Instagram miliknya itu telah menerima 370,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin.

Malah ramai netizen terhibur dengan gelagat Nabila. Tidak kurang juga,ramai rakan artis memuji Nabila yang pandai mengacara buat kali pertama di pentas AJL. Memang aura pengacara Nabila ni best.

Secara umumnya, AJL36 telah menobatkan Shila Amzah dan SOG sebagai juara manakala naib juara pula ialah Marsha Milan serta tempat ketiga milik Haqiem Rusli

Tahniah buat Nabila Huda kerana berjaya mengacara pentas AJL buat kali pertama. Memang pengalaman yang berharga buat Nabila. Best tengok gandingan Nabila dengan Alif mengacara majlis Terbaik.

Sumber: Instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!