“Akk rasa Aqish sesuai lah bawa watak komedi, spontan je Aqish sound antu tu” – Netizen

Bakat semulajadi yang ada dalam diri Aqish atau nama sebenarnya Puteri Balqis memang tidak disangkal lagi. Beliau telah menceburi dunia lakonan sejak dari kecil lagi dan pada usia muda beliau telah memenangi satu anugerah iaitu Pelakon Wanita Terbaik, dan sehingga kini beliau kembali dengan banyak drama-drama baharu. Semakin hari semakin menyerlah bakat yang ada pada Aqish.

Bukan itu sahaja malah beliau kini boleh menjiwai watak dewasa dek kerana kematangan beliau, banyak drama yang beliau sandarkan pada watak yang beliau telah menjadi dewasa walaupun sekarang beliau baru berumur belasan tahun.

Pelbagai watak yang beliau telah jayakan, kini terlihat perkongsiannya di laman ig watak beliau didalam bentuk komedi dan ia adalah watak yang berjaya juga. Baru melihat sedikit teaser tetapi sudah tahu kelucuannya menjadi.

Rupanya beliau memang berbakat besar dan memang boleh menjadi lebih berjaya pada masa akn datang. Ini kerana semua watak yang diberikan dapat dijayakan dengan baik sekali.

Video itu membuatkan sudah ramai yang terhibur meskipun belum menonton teaser yang penuh, hanya sedutan sedikit babak dari lakonan Aqish dan ia membuatkan Aqish kelihatan lawak dan watak komedi pun boleh dibawa dengan baik. Memang beliau mempunyai bakat yang besar dan hebat.

Beliau sudah matang dari usianya dek kerana pelbagai liku kehidupan yang telah beliau jalani, malah sikapnya sangat matang dan berpendidikan dan sentiasa memandang tinggi kepada ibunya yang membesarkannya sehingga sekarang. Beliau sangat lemah lembut dan berdisiplin didalam waktu bekerja.

Beliau kini semakin aktif dalam dunia lakonan dan semakin hari semakin menjadi pelakon yang terkenal dengan banyak tawaran bekerja. Malah semenjak beliau kembali berlakon beliau sudah membuka ruang untuk peminat memberikan komen.

Pelbagailah komen yang diberikan kepada pelakon yang dahulu pelakon cilik tapi sekarang adalah pelakon wanita dan ramai yang mengikutinya semenjak kecil lagi sehingga sekarang. Pujian hanya diruangan komen memuji tidak henti bakat Aqish. Lihatlah komen mereka.

Setiap yang meminati Aqish semuanya hanpir sudah menjadi 30 an, dan ramai menyatakan setelah melihat kematangan dan Aqish telah membesar menjadi dewasa, mereka merasa kini mereka semakin dimamah usia.

Sumber: ig morosechild

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!