“Adui gediknya dia ni, tak tau malu”- Netizen

Drama Bisik-Bisik Gelora telah sampai kemuncak apabila Arumi dan Jad telah bertemu semula selepas beberapa tahun Arumi pergi jauh menghilangkan diri. Selain watak Arumi dan Jad yang dilakonkan oleh Raysha Rizrose bersama Redza Rosli, lakonan Afifah Nasir yang membawa watak Nada juga mencuri tumpuan penonton dalam drama slot Akasia TV3 itu.

Watak Nada yang dipegang Afifah antara watak yang kadang-kala melucukan dengan sikap gediknya itu. Memang menjadi betul lakonan Afifah hinggakan netizen sendiri ‘geram’ dengan Afifah.

Dalam drama tersebut, Nada antara peminat tegar Jad dan cukup tergila-gilakan Jad yang kacak itu. Ada sahaja gelagat gedik Nada yang suka mengusik Jad.

Jika dilihat pada ruangan komen di laman sosial media, rata-rata penonton akui rimas dengan watak Nada yang suka menunjukkan minatnya dengan Jad.

Sementara itu, menerusi posting video yang dikongsi redza rosli di instagram miliknya telah menjadi perhatian netizen. Redza memuatnaik sebahagian babak daripada episod 11 drama Bisik-Bisik Gelora yang menampilkan gandingannya bersama Afifah Nasir.

https://www.instagram.com/tv/CeKy0iTJE68/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Namun, lain pula jadinya apabila netizen meluahkan perasaan mereka yang tidak suka dengan sikap mengada Nada.

Kesian Nada ye kena kecam sebab mengada dengan Jad hehe.. Namun watak Nada antara yang jadi tumpuan netizen tau.

Video dikongsi Redza itu juga telah menerima 40,000 tontonan dan komen daripada netizen.

Sebahagian babak tersebut daripada episod 11 menunjukkan Nada sengaja mengekori Jad dan cuba memikat jad dengan selambanya.

Amboi Nada ni, tak give up langsung ngorat Jad ye. Jad pun nampak rimas je tengok Nada gedik sangat..

Sumber: instagram redzarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!