“Adoi tengah musim ni”- Netizen

Setiap laman sosial media kini hangat dengan isu kahwin dua dan menjadi topik semasa yang dibincangkan netizen sejak akhir-akhir ini. Macam-macam pendapat netizen yang kita dapat baca di ruangan komen berkaitan isu kahwin dua dan ‘pengacau’ rumah tangga. Bukan setakat itu sahaja, ada juga sebahagian selebriti yang membuat video parodi mengaitkan isu rumah tangga ini.

Termasuklah pelakon Didi Alias yang sengaja membuat video parodi dengan spontannya. Memang lawak habis bila lihat video Didi itu.

Kapsyen ditulis Didi menerusi posting video parodi itu juga telah mencuri perhatian ramai netizen. Netizen akui, video dimuatnaik Didi cukup ‘mendalam’ maknanya memandangkan tengah hangat isu berkaitan rumah tangga.

Kerana baru-baru ini isu kahwin dua oleh selebriti Sy4msul Yusof telah tular hingga ke hari ini. Pelbagai dakwaan yang diterima Syamsul selepas berkahwin dua.

Sementara itu, video parodi Didi telah menunjukkan beliau bersama 0zlynndan Johan. Memang masuk air tiga selebriti ini..

Rata-rata netizen terhibur dengan video berkenaan dan mereka juga mengutarakan pendapat masing-masing berkaitan isu semasa di ruangan komen.

Video Didi juga meraih 72,000 tontonan dan hampir 4,000 tanda suka oleh warga netizen.

“Aws skrg ni line panas, hahaha deep betul ni, comel je diorang ni hahaha, hala2 selamat bini okay je tu”-Netizen

Sememangnya banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui video parodi Didi kan. Semoga tahun ini akan jadi lebih baik buat kita semua.

Pandai Mummy Didi buat parodi ye, memang kena sangat dengan topik hangat sekarang ini hehe..

Sumber: Instagram didialias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!