“Adik beradik Alif pun tak sebijik macam ni”-Netizen

Betul lah orang kata, dalam dunia ni akan ada pelanduk dua serupa ataupun 7 orang yang mempunyai rupa paras dan juga wajah yang persis seperti kita. Korang pernah tak jalan mana-mana, dan terjumpa seseorang yang riak wajahnya hampir sama dengan korang semua ? Kalau pernah, di mana ?

Baru-baru ini, tular akan video di mana penyanyi terkenal Alif Satar yang diparodikan mv lagunya oleh seorang pelajar wanita yang serupa dan sebijik dengan rupa paras nya. Wahh tak sangka Alif ada kembar, perempuan pula tu.

Dahulunya, ada dimuat naik video parodi oleh sekumpulan pelajar wanita yang buat parodi lagu terkenal nyanyian Alif yang bertajuk “Lelaki Seperti Aku”. Tetapi, tak sangka pula penyanyi tersebut kini ada yang versi seorang wanita. Wah, hebat.

Disebabkan video tersebut menjadi viral, akhirnya, Alif sendiri pun notice gadis tersebut tau. Rata-rata warganet semuanya sangat teruja lepas tahu bahawa Alif ni ada kembar jadian, sebijik dan seiras macam Alif Satar versi wanita.

Dan, yang paling buatkan netizen teruja, setelah kedua-dua “muka sama” ni bertemu dan berkolaborasi dalam beberapa buah video yang telah dimuat naik oleh Alif di akaun Tiktok nya. Wahh, tak sangka, dari parodi kini menjadi realiti, face-to-face.

Alif siap invite gadis tersebut ke gerai satay miliknya. Rata-rata netizen sangat teruja dengan kedua-dua Alif Satar tu. Cara mereka senyum, cara mereka buat muka, semuanya sama sahaja, memang betul-betul copy paste sangat mereka berdua.

Bak kata warganet, adik-beradik Alif Satar pun takda muka yang sebijik sama macam Alif. Rupanya, walaupun bukan seibu, tetapi ada insan lain yang mukanya lebih sama dan mirip dengan penyanyi tersebut. Bak kata netizen, Baa Satar.

Tapi, tak pelik pun kalau kita jumpa orang yang muka dan wajah hampir sama dan persis dengan diri kita. Dalam dunia ni, ada 7 orang muka yang hampir sama dengan kita. Cuma kita pernah jumpa ataupun belum saja, korang dah jumpa ke ?

Cuba lepasni kita cari siapa yg muka sama macam kita. Mana lah tahu kan, bak kata orang lagi, kalau muka sama ni kita jodohnya. Cuba korang tengok jodoh korang, sama ke muka nya macam korang ? Haha, itu semua apa yang orang dulu-dulu kata.

Sumber : Ig Alif.satay

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!