“Ada orang tanya sekeping rm39 ke” – Neelofa

Membina satu empayar dalam perniagaan bukanlah satu hal yang mudah. Pasti ramai usahawan dan peniaga yang mengaku bahawa mereka mempunyai banyak cabaran dan halangan sebelum dapat membina perniagaan yang dikenali ramai. Jenis perniagaan yang hendak dibuat pula mestilah selari dengan minat dan hati agar lebih bermotivasi lagi untuk mengembangkan lagi perniagaan yg ada.

Memulakan kejayaan diri sebagai seorang artis, pasti ramai yang sudah tahu tentang kejayaan selebriti cantik Noor Neelofa Mohd Noor ini. Melakar kejayaan pertama sebagai juara dalam pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010, Neelofa selepas itu telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pula bersama ibunya dengan jenama Bellavita.

Mempunyai keturunan dari Pakistan dan Arab, dia bukan sahaja terkenal dengan cantiknya malah dengan kebijaksanaanya dalam berkata-kata serta menguruskan hal ehwal perniagaan milik sendiri dan keluarga. Selepas mengambil keputusan untuk berhijab, Neelofa kini terkenal dengan jenama pakaian dan tudung wanita Musliimah iaitu Naelofar Hijab.

Neelofa kemudiannya telah membuat kejutan kepada para peminat dan netizen setelah hubungannya dengan Muhammad Haris Ismail mula dihidu ramai sehingga mereka berdua telah mengikat ikatan perkahwinan pada Mac 2021 yang lalu. Selepas berkahwin, Neelofa dan Haris kini lebih sibuk menguruskan perniagaan milik mereka berdua atas jenama Markaz Tijaari.

Platform perniagaan baru yang dibina oleh pasangan ini telah menjual berbagai produk hasil idea mereka berdua termasuklah planner, hand sanitizer dan juga f4ce m4sk.

Terkejut dengan harga f4ce m4sk yang dipromosikan oleh Neelofa pada siaran langsung bersama suaminya itu, ada netizen yang telah mempersoalkan harga jualan yang dikatakan terlalu mahal.

Netizen telah menyalahanggap bahawa harga jualan RM39 yang diberitahu oleh Neelofa itu adalah harga satu keping face mask. Neelofa yang juga terkejut dengan pertanyaan netizen itu telah menepuk dahi dan menerangkan hal sebenar bahawa harga tersebut adalah untuk belian bagi 20 keping f4ce m4sk.

Lucu dengan soalan yang diajukan, Haris iaitu suami kepada Neelofa juga menerangkan bahawa mereka tidak mungkin menjual harga sekeping face mask dengan harga yang tidak masuk akal.

Selepas ini sebelum memberikan komen, para netizen dinasihatkan untuk membuat kaji selidik dahulu. Jadi tidaklah Puan Neelofa kesayangan ramai ini terkejut sehingga menepuk dahi dek kerana melayan ragam dan kerenah dari para peminat dan netizen.

Sumber: Instagram neelofaharrisofficial2

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!