“Abg Syaikhul nak promote juga tapi malu2 kucing pulak”-Netizen

Sebagai seorang anak, sudah pasti kita semua mempunyai hasrat dan impian untuk membalas jasa dan juga membantu ibu bapa kita melakukan kerja-kerja. Sebagai contoh, membuat kerja rumah seperti mengemas rumah, basuh kereta dan banyak lagi. Bukan saja kerja rumah, tetapi kerja lain kita boleh buat tau.

Sebagai contoh, ada dimuat naik video anak kesayangan kepada Puteri Sarah yang bernama Syaikhul yang melakukan video marketing promote makanan bersama mama nya. Pandai ke Syakihul buat video promote tu ?

Comel je tengok telatah Syaikhul yang berada di sebelah mama dia tu. Bila Puteri Sarah pegang lauk yang ingin dipromote nya, Syaikhul pun turut ikut sekali mama nya itu pegang segala barang tersebut.

Tapi, jelas kelihatan Syaikhul yang seolah-olah kekok dan malu-malu kucing pegang product tersebut. Duduk senyap je dekat sebelah, yang bercakap Cuma mama nya, dia hanya mengiyakan saja, dan duduk angguk-angguk saja apa yang mama nya perkatakan.

Walaupun hanya duduk diam, tapi niat tu ada nak tolong mama dia promote barang. Dapat lah juga credit nama tukang promote barang tu kan ? Sememangnya Syaikhul seorang anak yang sangat baik dan pintar. Dengar kata mama.

Suka sangat setiap kali tengok Syaikhul dan adiknya Sumaiyyah. Dua orang beradik tu saling sayang menyanyangi antara satu sama lain. Tak sah kalau tak sweet, si abang yang menyanyangi adik, begitu juga dengan adik yang menyanyangi abangnya.

Kanak-kanak zaman sekarang dah mula pandai buat review promote barang tau. Berbeza dengan zaman kita dahulu. Mereka ni jauh lebih advance dari kita kadang-kadang tu. Kita pun rasa triggered dengan mereka semua.

Selain Syaikhul, Hayder anak kepada Eyra Hazali juga melakukan hal yang sama, iaitu suka tolong mama nya buat review dan promote produk. Kadang tu pelik juga macam manalah diorang boleh pandai berlakon sebegitu rupa kan.

Telatah anak-anak kecil yang ingin menolong orang tua mereka sering kali menarik perhatian warganet sekalian. Walaupun kadang tu takda skrip pun Cuma tayang muka, tapi mereka semua ni tetap comel dan mencuri perhatian.

Sumber : Ig Puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!