“Dari game ni boleh tahu adik beradik Emir level pandai bkn kaleng2” – Netizen

Setelah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Wan Emir sekitar bulan September tahun lalu, pelakon Mira Filzah kian aktif menerusi saluran Youtube. Saluran yang dinamakan EmirAmirah itu telah mencecah 183 ribu pelanggan. Saluran youtube EmirAmirah juga mencipta rekod dimana baru-baru ini telah di anugerahi Silver Play Button oleh pihak Youtube kerana mempunyai subscriber dan jumlah tontonan yang tinggi.

Nampak semakin meriah kehidupan Mira setelah berkahwin kerana membuat pelbagai aktiviti bersama suami dan dijadikan sebagai content yang beliau muatnaik di youtube. Peminat Mira juga gembira dengan fasa baru yang dilalui oleh pelakon Pujaan Hati Kanda ini.

Sebagai rekod Mira Filzah telahpun mendirikan rumahtangga bersama anak sulung kepada Datuk Mastura Mod Yazid yang merupakan Timbalan Mnteri di Jabatan Perdana Mnteri (Tugas-tugas Khas) iaitu Wan Emir Astar.

Tular baru-baru ini mengenai dakwaan netizen bahawa pelakon berkenaan sudah berbadan dua. Andaian tersebut dibuat kerana gambar terbaru yang dimuatnaik oleh pelakon berkenaan kelihatan sedikit berisi dan nampak agak lain di bahagian perut.

Mira yang enggan membiarkan warga maya terus membuat spekulasi telahpun menjawab ringkas bahawa dirinya hanya buncit menerusi ruangan komen instagramnya.

Menerusi saluran youtube pasngan berkenaan terdapat satu video terkini yang memaparkan aktiviti pasngan berkenaan bersama ahli keluarga mereka.

Video tersebut merupakan bahagian kedua dan adalah kesinambungan dari bahagian pertama yang dimuatnaik terlebih dahulu di saluran youtube adik ipar mereka yang juga bekas pengacara HLive Shalma Ainaa.

Mengambil kesempatan berkumpul bersama ahli keluarga, mereka telah bermain satu permainan bersama-sama untuk memenuhi masa terluang. Dalam permainan tersebut para pemain perlu meneka jawapan berdasarkan pembayang yang diberikan.

Menjengah keruangan komen video tersebut rata-rata warga maya berkata mereka dapat melihat sisi berbeza yang ada pada suami Mira Filzah menerusi video berkenaan.

Terserlah sikap kelakar Wan Emir ketika membuat aktiviti tersebut bersama adik beradik dan keluarganya. Warga maya juga memuji pengetahuan keluarga Wan Emir dan mengatakan bahawa adik beradik Wan Emir sangat bijak.

Tidak kurang juga dengan gelagat Shalma Ainaa yang tidak henti bergelak sakan kerana terhibur dengan jawapan-jawapan lucu dari ahli keluarganya. Berikut dikongsikan beberapa komen dari warga maya terhadap video berkenaan.

Daripada paparan video berkenaan Mira dilihat begitu berhati-hati mengatur pergerakan dirinya. Beliau juga kelihatan sedikit tidak selesa dan sangat berjaga-jaga ketika membuat sebarang pergerakan.

Mungkinkah spekulasi mengenai kehamilan beliau sebenarnya adalah betul tetapi sengaja Mira masih merahsiakan perkara berkenaan kerana tidak mahu kecoh.

Sebagai pasngan suami isteri kehadiran seorang cahaya mata semestinya menjadi perkara yang sering ternantikan sebagai penguat kasih sayang antara suami isteri. Tak sabar nak tengok Mira Filzah dan Wan Emir junior. Mesti comel atau segak seperti ibu bapanya nanti.

Sumber: youtube emiramirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!