“Haha nampak yg si mak yg ajar ni, comel” – Netizen

Sebagai seorang ibu tentulah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak. Tak kiralah dari sudut apa, paling tidak pun buat sesuatu yang menyeronokkan bersama-sama anak dan ibu tentu akan men1nggalkan kenangan manis dan membahagiakan. Tapi siapa kata anak dan ibu saja boleh melaluinya, ibu dengan bakal menantu yang pastinya umpama anak sendiri nanti pun boleh melakukan sesuatu bersama seumpamanya.

Itu yang dikongsikan pelakon, Datin Seri Maria Farida Atienza yang menari TikTok bersama anaknya dan anak kepada penyanyi Nourul Wahab, Ayu Nazirah yang dikhabarkan barangkali akan jadi bakal menantunya.

Tak dapat lagi berselindung, baru-baru ini dikongsikan di media akan cakap-cakap yang anak sulung Maria, Mizan Asyley sedang bercinta dengan Ayu Nazirah. Kedua-dua keluarga juga ada mengatur pertemuan baru-baru ini, namun belum ada perbincangan berkaitan.

Jika dilihat hantaran video yang dikongsikan Maria di Instagramnya itu, nampak mesra dan serasi sekali anak beranak ini berTikTok bersama. Ramai pula netizen yang suka dan mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan.

Paling menarik perhatian dalam video itu sudah tentulah Maria yang berada di hadapan yang umpama membimbing ‘persembahan’ berkenaan. Mana tidaknya, seperti biasa ibu berusia 53 tahun itu umpama tidak langsung dimamah usia.

Dah macam nak dekat sebaya ketiga-tiganya. Tak kurang juga netizen yang mengusik menyatakan yang Maria sudah mendapat ‘clique’ baru. Ya lah… best bukan kalau dapat ahli keluarga baharu yang sekepala dengan kita.

“Amboi da ada clique nmpk”, “Mcm rakan sebaya”, “Hahahah nampak yg si mak yg ajar ni. Comel.. Itu antara layangan komen netizen. Memang segar mata dibuatnya tengok Maria menari. Bukan semua umur macam Maria, lincah lagi sepertinya.

Untuk info, Mei lalu berkongsi dengan media, jelas Nourul, Ayu Nazirah dan Mizan baru saja menjalin cinta empat bulan sebelumnya. Nourul turut meminta netizen memberi peluang mereka berdua lebih saling mengenali terlebih dahulu.

Pernah mendirikan rumah tangga pada 1999 sebelum berpisah pada 2005, hasil hidup bersama dengan bekas suami, mereka dikurniakan cahayamata, Mizan Ashley. Sesudah 10 tahun menjanda, beliau bernikah dengan Datuk Seri Rahman Shakur pada 27 November 2015.

Nourul pula pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer, Ajai dan dikurniakan, Ayu Nazirah pada 1998. Jodoh tak panjang, mereka berpisah pada hujung 2006 selepas 10 tahun bersama. Nourul berkahwin kali kedua pada 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris, Eric Daniel Depp.

Sumber : IG Maria Farida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!