“Ouch cantiknya, tergugat iman”- Netizen

Wan Sharmila antara pelakon senior yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan. Karier Wan Sharmila sebagai pelakon telah menjadikan beliau antara yang popular dalam kalangan peminat-peminatnya. Kecil molek orangnya, wajah beliau langsung tidak dimamah oleh usia. Awet muda sepanjang masa. Wan Sharmila juga sebelum ini menjadi bualan hangat netizen dengan lakonannya bersama Syazwan Zulkifly menerusi 7 hari Mencintaiku.

Ramai netizen mengusik Wan Sharmila dengan Syazwan Zulkifly yang cukup serasi apabila berlakon bersama. Dari drama tersebut nama Wan Sharmila juga naik gara-gara netizen ‘menjodohkannya’ dengan Syazwan Zulkifly.

Namun ia hanyalah gurauan netizen sahaja. Wan sharmila pun masih maintain single dan masih tiada ura-ura tentang hubungan cintanya.

Kita doakan semoga Wan Sharmila akan bertemu jodoh yang baik ye. Mana tahu tak lama lagi kita akan dengar khabar baik dari beliau kan…

Sementara itu, baru baru ini Wan Sharmila berkongsi video trending yang menjadi pilihan ramai netizen. Video itu menunjukkan transformasi wajah Sharmila sebelum disolek dan selepas disolek.

Ramai netizen akui terpukau dengan kecantikan wajah Wan Sharmila yang penuh dengan solekan. Cantik betul persis bidadari hehe..

Netizen yang melihat video dikongsi Wan Sharmila itu telah membuatkan peminatnya juga ikut teruja solekan penuh pada wajah Wan Sharmila.

Kebiasaannya kita hanya melihat Wan Sharmila dengan solekan yang nipis, kali ini beliau dengan solekan penuh yang cantik.

Video dimuatnaik Wan Sharmila itu juga telah menerima 200,000 tontonan dan 254 komen sejak beberapa jam lalu. Tak sangka video dikongsi Wan mencuri perhatian netizen.

Cantiknya tengok Wan Sharmila, berseri-seri dengan full makeup dia. Muka pun nampak baby face je, tak dimamah usia langsung. Kena minta tips dari Wan Sharmila ni.

Sumber: instagram lala.wansharmila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!