“Sabarla nok nanti ngopi” – Nad Zainal

Benda yang sudah berlalu sebaiknya usahlah terlalu dikenang hingga akhirnya kita terlihat semacam tak boleh nak move on pulak. Kadang orang tuan punya badan pun tak berkata apa-apa, akan tetapi mereka di sekelilingnya pula yang terlalu ‘prihatin’ hingga akhirnya mengundang pelbagai persepsi. Gamaknya itulah yang terpaksa dihadapi pelantun, Shila Amzah ini.

Mengulas artikel dikatakan menulis tentang dirinya dan aktor, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, kata Shila ‘benda’ dilaluinya bersama berdua itu sudahpun berlalu 10 tahun lalu. Dia dan Sharnaaz pun sudah tentunya mahu mencari ‘seseorang’ yang lebih baik dalam hidup.

Kata Shila, sekali pun jika peminat hendak ‘mendoakan’ mereka berdua, tak mengapa tetapi doakan kebahagian dia dan Sharnaaz masing-masing. Tak semestinya mereka berpasangan pada masa lepas, perlu juga bersama pada masa sekarang, katanya.

Jadi, katanya tolong jangan menyampaikan sesuatu seumpamanya melalui mesej. Sesiapa yang ‘mahukan’ Sharnaaz kata Shila, teruskan… tak jadi masalah buat dirinya. Shila turut berharap video dibuatnya sedikit sebanyak dapat menjelaskan perkara berkaitan.

Shila turut berharap hal dirinya bersama bekas suami kepada Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu tidak ditanya lagi. Begitu terang ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bernama Seth Uwais ini.

Ya… nampak Shila seakan rengsa apabila perihal dirinya dan Sharnaaz dibangkitkan akhir-akhir ini hingga terpaksa membuat ‘pengumuman’ sebegini. Selain netizen cuba menenangkannya, rakan artis seperti pelakon Nad Zainal, turut mengajak Shila mengopi.

Fokus career aje… I wish u the best, I am a fan”, “Boleh pilih untuk tidak jawab kan?”, “U don’t need to explain dear….you know who u are…. reporter je melebih”, “Mammu pn dh tk heran lh..”. Itu antara komen netizen.

Jika dijengah sekali pandang, ramai mempertikaikan wartawan yang bertanyakan soalan berkaitan. Begitupun, ada jua betulnya kata netizen yang lain bahawa penyanyi sudah sampai ke peringkat antarabangsa itu boleh saja memilih berdiam atau tak menjawab soalan.

Apa pun semua sudah berlaku. Jika meninjau ke medsos Sharnaaz pula, ‘lain macam’ hantaran terbaharu yang dibuatnya. Sambil menunjukkan isyarat tangan yang dikaburkan, Sharnaaz seakan menulis kapsyen berkaitan isu diperkatakan.

Apa pun semua sudah berlalu, semoga yang baik-baik untuk Shila dan Sharnaaz. Barangkali betul kata ramai netizen, walaupun tak sampai ke jinjang pelamin, mereka boleh saja berkawan macam pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan Awie, baik je sampai sekarang…

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.an

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!