“Suka sgt tgk makder jaga cucu2, nampak ikhlas dan ckp lembut”- Netizen

Selepas ketiadaan arwh Sarah, Makder atau ig suciuwais kerap kali muncul di laman halaman ig. Sehingga kini barulah tahu itu adalah mak tiri kepada arwh dan nenek kepada anak-anaknya iaitu Uwais, Martin, Dekta, dan Ayyash. Kerap kali memuat naik gambar dan video tentang cucu-cucunya itu, hubungan mereka baik dan tidak bermuka-muka.

Kebaikan Makder menjaga dan melayan kerenah cucu-cucunya diperhatikan netizen. Malah, nampak keikhlasan dimata Makder dalam menguruskan aktiviti seharian mereka.

Makder merupakan perkhawinan kedua untuk Raisuddin, ayah kepada arwh Sarah. Meskipun bergelar maktiri, namun hubungan arwh Sarah rapat dan berkawan baik dengan Makder.

Keh1langan arwh sedikit sebanyak membuat beliau merasa sebak dan sangat berduka namun harus kuat kerana anak-anak yang ditinggalkan adalah kenangan terindah.

Anak-anak Shuib juga selesa dan sering bersama dengan Makder, setiap kali melihat perkongsian Makder keluar dan makan bersama-sama cucunya menjadi perhatian netizen.

Mereka juga duduk serumah dan ia seolah mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan tersebut.

Komen komen netizen juga membuatkan Makder lebih rasa dihargai, dan kasih sayang yang diberi dirasai juga oleh netizen.

“Uwais tu makder, suka buat muka”, “martin ikut makder suka selfie”, “wah bawa cucu2”, antara komen-komen netizen.

Semoga terus menyanyangi anak-anak ini. Diharap Makder teruskan legasi perniagaan arwh dan semoga berkembang maju.

Sumber: ig suciuwais

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!