“Sepatutnya keluar harini tp xsbr nk jmp uncle aunty” – Ayda Jebat

Genap 7 hari yang lalu, kemanisan alam rumahtangga bagi pasangan ini kini diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka. Penyanyi yang mula mengukir nama menerusi drama Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat telahpun selamat bergelar ibu dengan melahirkan bayi sulungnya menerusi kaedah pembdahan. Mengucapkan syukur di atas kurniaan cahaya mata pertama itu, Ayda berkata anaknya itu telah dilahirkan dengan berat 2.77 kilogram pada jam 7 malam. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua peminat, sahabat dan ahli keluarga yang telah banyak mendoakan beliau.

Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat sepatutnya melahirkan anak sulungnya pada 28 September bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk memilih kaedah kelahiran secara pembdahan czer menyebabkan Ayda perlu melahirkan bayi sulungnya seminggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

Seperti mana pasangan lain, Ayda dan Nabil merasa cukup teruja bercampur gembira apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama menjadi ibu dan bapa.

Namun keputusan Ayda Jebat sebelum ini untuk melahirkan secara pembdahan itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana pelakon itu mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebab tertentu atas pemilihan kaedah kelahiran secara pembdahan berbanding secara normal.

Setelah genap 7 hari, pasangan berkenaan akhirnya berkongsi satu video terkini di instagram masing- masing mendedahkan raut wajah anak mereka.

Kongsi mereka lagi, cahaya mata sulung itu diberi nama Ana Nayla binti Ahmad Nabil. Mereka juga turut berkongsi dengan para peminat Instagram rasmi yang diwujudkan khas buat puteri sulung mereka itu.

Menurut Ayda Jebat, berdasarkan tarikh jangkaan sebenar, beliau sepatutnya bersalin pada 28 September namun di sebabkan memilih kaedah kelahiran secara pembdahan oleh itu, beliau melahirkan bayi berkenaan lebih awal iaitu 21 September yang lalu.

Wajah comel puteri sulung penyanyi lagu Pencuri Hati itu mempunyai raut wajah yang putih bersih dan mempunyai mata yang berwarna kelabu kebiruan telah menarik perhatian para peminat yang geram dengan kecomelan bayi berkenaan.

Walaupun baru sahaja dimuatnaik, sehingga kini perkongsian wajah anak sulung Ayda Jebat itu telah menerima hampir 309762 tontonan dan 3186 komen daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Gambar yang dikongsikan oleh Ayda itu, telah dihujani pujian dan juga ucapan tahniah daripada netizen dan juga rakan- rakan artis. Rata- rata netizen memuji wajah comel anak pasangan itu dan terpesona dengan warna anak mata Ana Nayla yang berwarna kelabu kebiruan itu.

Netizen juga mendoakan supaya Ayda dan anaknya itu dalam keadaan selamat dan mengucapkan selamat berpantang kepada Ayda Jebat. Berikut dikongsikan pula beberaka komen yang ditinggalkan netizen.

Sebagai rekod, pelantun lagu Pencuri hati itu pernah menerima kec4man dan sr4ngan daripada netizen hanya kerana berkongsikan kepada umum pilihannya yang mahu bersalin secara pembdahan.

Netizen menyifatkan Ayda bukanlah ibu sebenar kerana tindakan penyanyi itu yang menolak untuk bersalin secara normal kerana tidak mahu melalui rasa saakit ketika meneran.

Tenang menjawab segala kritikan, penyanyi itu berkata tidak kisahlah cara kelahiran secara normal atau czer, tujuannya adalah sama iaitu mahu ibu serta anak dalam kandungan selamat dan sihat.

Sumber: ig ayda jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!