“Putih lah ber0k tu nanti”- Netizen

Alam sekitar sememangnya perlu dijaga dengan baik oleh semua lapisan masyarakat bagi memulihara ekosistem dan kebersihan sesuatu kawasan tersebut. Lebih lebih lagi destinasi pelancongan yang harus dipantau dari semasa ke semasa. Secara umumnya, ramai mengetahui bahan bahan terbuang seperti plastik adalah sukar untuk lupus dan mampu memudaratkan ekosistem serta habitat semulajadi.

Sektor pelancongan yang kini sudah mula dibuka secara perlahan berkemungkinan bakal meningkatkan pencemaran alam sekitar apabila ramai rakyat Malaysia sudah mula menyerbu destinasi pelancongan termasuklah golongan selebriti.

Namun baru-baru ini, tindakan pelakon Azad Jasmin atau dikenali dengan Pak Azad telah ditegur oleh sebahagian netizen apabila Pak Azad dilihat membaling bungkusan plastik produk jualannya kepada haiwan monyet ketika bercuti baru-baru ini.

Pak Azad bersama keluarga ketika itu bercuti di pulau peranginan yang terkenal iaitu Pulau Langkawi.

Video Pak Azad membalingkan bungkusan plastik itu telah dikongsi oleh isterinya di Instagram sehingga menerima tontonan sebanyak 60,000 tontonan.

Ada juga sebahagian netizen terhibur dengan gelagat spontan Pak Azad ketika berbicara dengan haiwan monyet.
Ada saja video jenaka yang dikongsi oleh isterinya.

Macam-macam gelagat Pak Azad ni, monyet pun boleh dibuat gurau. Tapi jaga-jaga, ekosistem kena dipelihara ya..

Sumber: Instagram Eirasyazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*