“Satu satunya ‘madu’ yang saya luluskan” – Isteri Remy Ishak

Semalam tular mengenai pasangan pengantin baru pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusuf yang menerima hadiah perkahwinan paling bermakna apabila menerima hadiah haripada pihak Istana Negara. Kiriman hadiah perkahwinan tersebut adalah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Video berdurasi beberapa minit menunjukkan pasangan tersebut sedang membuka hadiah berkenaan telah dikongsikan oleh pelakon itu di media sosial.

Pasangan itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di atas pemberian hadiah berkenaan. Pasangan berkenaan telahpun selamat bergelar pasangan suami isteri pada hari sabtu yang lalu dalam satu majlis ringkas di Msjid Negara.

Pasangan tersebut telahpun di satukan di Msjid Negara dengan hanya sekali lafaz. Majlis serba sederhana itu hanya di hadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Mereka berdua yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan gembira setelah selesai acara akad nikah dan masing- masing mengemaskini media sosial untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat, sahabat dan keluarga.

Sejak pengumuman perkahwinan oleh Remy Ishak sekitar minggu lalu, beberapa peminat wanita telah meluahkan rasa kecewa mereka menerusi media sosial kerana hero pujaan mereka itu telahpun berumahtangga.

Walaupun ada yang memuatnaik perkongsian berkenaan hanya sekadar bergurau namun usikan untuk menjadi isteri kedua pelakon tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian isteri kepada Remy sendiri.

Menerusi Instagram story, isteri Remy iaitu Ezza Yusuf telah berkongsikan sekeping gambar suaminya dan seekor kucing peliharaan mereka sedang bersantai di rumah.

Menurut wanita tersebut, hanya kucing peliharaan mereka itu sahaja yang di luluskan untuk menjadi madu dan berkongsi kasih sayang dengan beliau. Memang tidak mudah menjadi isteri kepada seorang pelakon popular seperti Remy Ishak. Semoga Ezza banyak bersabar.

Ramai wanita yang kecewa dengan berita pernikahan Remy. Namun apakan daya Remy pun dah selamat bernikah. Semoga wanita di luar sana dapat menghormati perasaan isteri Remy.

Di fahamkan Remy dan Ezza sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Mei namun di sebabkan kekangan keadaan pandemik negara ketika itu majlis mereka terpaksa di tangguhkan.

Tahniah sekali lagi para peminat ucapkan di atas perkahwinan Remy dan pasangannya. Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Semoga menjadi suami mithali yang sentiasa kita tengok dalam drama tu. InsyaAllah.

Sumber : Instagram ezza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!