“Rezeki tak sama dan tak semua orang boleh usaha macam u Dato Vida” – Bonda Rozita

Bagi kebanyakan mereka diluar sana, menjalani kehidupan pada waktu yang genting sekarang bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, sudah menjadi tugas untuk memastikan keluarga mempunyai keperluan makan dan minum yang mencukupi. Tetapi dek kerana pelaksaan PKP, perkara ini telah banyak menjejaskan sumber pencarian rakyat sehari-hari.

Tular sebelum ini tentang kenyataan usahawan kosmetik negara iaitu Dato Seri Vida yang telah membuat video balas kepada individu yang telah meminta bantuan keperluan makanan kepadanya.

Dalam video tersebut, Dato Vida telah menjadikan salah seorang peniaga sebagai contoh dan berkata bahawa orang ramai harus berusaha serta tidak boleh mengharapkan bantuan semata-mata.

Bukan sahaja mendapat kecaman dari para netizen, ternyata ahli perniagaan ternama iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan ibu kepada Dato Aliff Syukri ini juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat itu.

Bonda Rozita telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagramnya dengan berkata bahawa Dato Vida harus faham sensitiviti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang kerana ramai yang terjejas sehingga harus meminta bantuan.

Bonda Rozita juga berkata bahawa tidak semua orang mempunyai peluang dan rezeki yang sama seperti Dato Vida sehingga menjadi orang ternama seperti sekarang.

Dia turut memahami derita dan kesedihan yang dihadapi rakyat sehingga ada yg harus menahan lapar.

https://www.instagram.com/p/CRAl1Q3pH90/?utm_medium=copy_link

Kenyataan yang dibuat oleh Bonda Rozita itu telah mendapat sokongan dari para netizen yang juga tidak bersetuju dengan kata-kata yang dibuat oleh Dato Vida itu.

Ramai netizen yang mngalkan komen dan berterima kasih kepada Bonda Rozita yang memahami situasi gentir yang dihadapi oleh masyarakat sekarang.

Ramai mereka yang sedang kesusahan diluar sana bukanlah seorang yang malas, tetapi keadaan semasa yang telah memaksa mereka untuk meminta pertolongan.

Kekangan dan undang-undang yang mengharuskan mereka untuk duduk di rumah sehingga ada yang dibuang kerja.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Rozita kerana telah memahami masalah dan derita yang dihadapi ramai orang diluar sana.

Sumber: Instagram Bonda Rozita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!