“Keras le lakonan Amara Unaisya, jalan cerita pun keras boring”- Netizen

Industri lakonan di Malaysia kini telah bertukar konsep apabila banyak syarikat produksi mengambil pelakon-pelakon baru yang terdiri daripada influencer popular di laman sosial media. Terdahulu, isu ini pernah dibangkitkan oleh pelakon-pelakon senior apabila mereka kurang berpuas hati dengan mutu lakonan pelakon baru yang kelihatan sungguh kekok dan tidak menyampaikan watak dengan baik.

Dan lama kelamaan ramai pelakon baru sudah mula pandai menghayati watak yang diberi dan bertambah baik hasil didikan dari tenaga pengajar.

Terbaru, drama Love Elsa lakonan pelakon baru iaitu Uyaina Arshad telah menjadi bualan netizen apabila lakonannya dikatakan agak ‘kaku’ dan kurang menyerlah.

Drama terbaru arahan Michael Ang itu menerima kritikan dari salah seorang netizen menerusi komen di posting Instagram Michael Ang.

Salah seorang netizen memberitahu, lakonan Uyaina yang memegang watak sebagai Ammara kelihatan kekok dan jalan cerita yg membosankan.

Komen netizen berkenaan menjadi perhatian Michael Ang dan terus membalas komen itu dengan tenang. Namun, gandingan antara pelakon baru Uyaina Arshad dan pelakon senior Zul Ariffin menerusi drama Love Elsa menjadi pilihan ramai penonton menerusi saluran Astro

Selain itu, netizen lain turut meluahkan perasaan suka terhadap drama tersebut dan menyokong drama arahan Michael Ang itu.

Bagusnya Michael Ang jawab komen pedas dari netizen. Semua orang boleh luahkan pendapat masing-masing kan?

Sumber: Instagram Michael Ang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!