“Kalau pakai spec tu, dah sama mcm Nobita dah” – Netizen

Di kala musim PKP yang kian bersambung-sambung, perkhidmatan kedai gunting rambut pula tidak mendapat kebenaran untuk beroperasi. Ramai yang sudah menyuarakan rasa rimas kerana rambut mulai panjang. Jika tahun lalu, ramai pasangan artis yang mengambil kesempatan menguji bakat isteri masing-masing dalam memotong rambut, tahun ini pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Januari lalu iaitu Ayda Jebat dan Nabil Mahir pula mencuba bakat.

Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah menamatkan zaman bujang apabila memilih tarikh permulaan tahun baru itu sebagai tarikh istimewa mereka. Pasangan tersebut juga mencipta sejarah apabila menjadi pasangan pertama yang mengadakan majlis pertunangan secara dalam talian dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama tahun lalu.

Ayda Jebat kini juga sedang hamil anak pertama. Ketika awal kehamilan pasangan berkenaan tidak mendedahkan mengenai berita kehamilan memandangkan usia kandungan yang masih awal.

Setelah usia kandungan memasuki 4 bulan barulah pasangan tersebut membuat pengumuman secara rasmi.

Menerusi perkongsian terkini Nabil Mahir di instagram, beliau menunjukkan isterinya Ayda telah memotong rambut beliau. Namun apa yang mencuit hati, gaya rambut tersebut sangat kelakar tidak ubah seperti cendawan.

Nabil menggelarkan gaya rambut berkenaan sebagai batu belah batu bertangkup. Kasihan Nabil.

Nabil dengan muka pasrah berkata beliau hanya redha dengan gaya rambut itu setelah menerima sentuahan luar biasa hasil kreativiti daripada isteri tercinta.

Menjengah keruangan komen netizen juga berkata mereka turut terhibur dengan hasil akhir gaya rambut yang dipotong oleh Ayda buat suaminya itu. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen buat pasangan ini.

Menerusi beberapa komen netizen dan rakan-rakan yang dibalas oleh Nabil, beliau berkata dirinya merasa agak malu dengan gaya rambut tersebut dan seolah-olah tidak lagi mahu keluar rumah dengan gaya rambut sedemikian.

Kasihannya Nabil, tak mengapalah yang pasti rambut tersebut bakal menjadi kenangan manis mereka berdua. Pasti serik Nabil dibuatnya untuk meminta bantuan Ayda memotong rambut lagi selepas ini.

Sumber : ig nabil mahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!