“Yang rendah hati je faham maksud Prof” – Netizen

Caprice atau nama sebenar beliau Ariz bin Ramli adalah seorang usahawan, instafamous dan sering memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar untuk berjaya dan mencapai cita-cita mereka. Caprice juga aktif di media social dan sering menjadikan media social sebagai platform baginya untuk mengulas lanjut beberapa isu sensitif dan hangat diperkatakan di dalam negara.

Cara dan gaya Caprice mengulas lanjut isu yang sedang menjadi perdebatan secara positif juga telah menjadi identiti dirinya dan membuatkan ulasan beliau itu menjadi rujukan buat orang ramai. Beliau juga selalu menggunakan slogan “Whats up geng, what is on the news today”.

Dua tiga hari yang lalu, kecoh mengenai kenyataan Prof Muhaya mengenai alasan wanita lambat jodoh. Ramai yang kurang senang dengan kata-kata Prof Muhaya kerana mengatakan wanita perlu bersikap “b0d0-b0d0” sedikit demi mendapatkan perhatian lelaki.

Ramai yang telah meminta Caprice supaya memberikan komen mengenai kenyataan Prof Muhaya berkenaan kerana perkataan yang digunakan oleh Prof Muhaya yang juga merupakan seorang doktor mata itu agak kasar dan tidak mencerminkan keperibadian dan imej yang ditonjolkan oleh Prof Muhaya selama ini.

Menerusi muatnaik terkini di instagram, Caprice berkata dirinya amat menghormati Prof Muhaya kerana selama ini Prof Muhaya amat mempertahankan kaaum wanita oleh itu beliau merasakan tidak mungkin Prof Muhaya mempunyai maksud yang tidak baik apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Mungkin pilihan perkataan yang di ucapkan oleh Prof Muhaya ketika itu tidak tepat menyebabkan timbul salah faham kepada orang ramai.

Rata-rata Netizen juga berkata mereka memahami maksud tersirat disebalik apa yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya. Menurut seorang Netizen beliau merasakan jika kita bersikap rendah hati pasti akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya. Berikut dikongsikan komen netizen.

Jika dahulu orang lama mungkin menggunakan perkataan yang agak kasar dalam memberikan nasihat walaupun mereka sebenarnya berniat baik. Namun kini penerimaan masyarakat sudah berbeza.

Semoga isu berkenaan tidak lagi dipanjangkan oleh orang ramai. Prof Muhaya sendiri juga telah membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-kata beliau.

Sumber : ig caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!