“3 pagi, tp nmpk kemereee tetap posezzz manjahhh”- Elly Mazlein

Wanita tetap wanita yang tak dapat dipisahkan daripada kesukaannya dengan kecantikan. Sudah pasti paling ditekankan terutama bab keelokkan ketrampilan diri selepas sukakan kecantikan benda dan perkara di sekelilingnya. Betapa halusnya jiwa wanita hinggakan hendak mengambil foto atau video dengan telefon pintar pun nak kena nampak cantik. Seperti wanita-wanita ini, lucunya ketara betul bila Rozita Che Wan (Che Ta) nak mengambil video, tiba-tiba dua lagi, Elly Mazlein (Kak Lina Pom-Pom) dan Sherry AlHadad boleh pulak behave, duduk tegak dan memberikan pose wajah serta senyuman manis.

Kalau tidak umum pun maklum, selain Che Ta, Kak Lina dan Sherry pun sejenis yang ‘masuk air’. Lihat saj4lah hantaran ini, ketika video mereka hendak dirakam sempat Kak Lina mencuit Sherry agar bersedia untuk direkod.

Menariknya, video itu dikatakan dirakam ketika jam 3 pagi. Kalau orang lain pada waktu itu sudah diulit mimpi, paling tidak mata dah kuyu menahan rasa mengantuk, tetapi mereka masih maintain lawa apalagi tatkala di depan kamera.

Kak Lina sendiri dalam komen di hantaran Che Ta itu mengakui tatkala jam 3 pagi itu, ketika nampak kamera terus mereka berposing manja. Biasalah… Lagi satu retis kan.. perlulah menjaga imej di hadapan netizen.

Patut memasing lawa-lawa walaupun di awal pagi yang hening itu kerana perlu menjalani sesi shooting dikatakan untuk raya nanti. Menariknya, ramai pulak netizen yang mengakui bukan mereka sahaja, orang perempuan lain pun ramai acah sebegitu di depan kamera.

“Terus behave Kak Lina & Sherry”, “Yang dua orang tu nampak kamera terus behave. Semua cantik”, “Menggeluporrr orang sebelah”, “Kak Kepom siap cuit orang sebelah tu tak boleh tahan”, “Lawakla..ramai perempuan macam tu”, “Ompompuan punya style tgh buat ape pun nampak camera auto posing point gitu”. Itu antara komen netizen.

Selain Che Ta, Kak Lina dan Sherry juga tak kurang bergaya. Tidak hairanlah mereka sering terpilih untuk menjadi duta produk. Dalam bergaya itu, kelakar pula bila melihat ‘gabungan’ Kak Lina dan Sherry itu.

Che Ta sebelum ini pun sudah cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Dia dilahirkan pada 9 Mac 1974 di Alor Setar, Kedah merupakan anak kedua daripada tujuh beradik.

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, kini berusia 42 tahun juga kian meletop-letop dalam bidang pengacaraan. Barangkali dek ramai yang sukakan jenaka santai dan bersahaja yang menjadi trademark nya pada masa ini.

Selain mengacara, Sherry juga merupakan seorang pelawak. Pada Januari 2015, Sherry dan rakan pernah diberi kepercayaan mengendalikan rancangan bual bicara sendiri iaitu Diva-Kelakarama setiap malam minggu. Boleh tahan banyak juga program dan drama kelakar lakonannya. Elok sangatlah dengan Kak Kepom tu… Adeh..

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!