“Zizan sama tinggi dgn Daiyan, adakah ini cinta”- Netizen

Bila seseorang bujang itu bergambar, berkawan dengan wanita. Mulalah peminat-peminat cuba ‘kenenkan’ artis tersebut. Amboi bukan main lagi peminat jadi agensi temukan jodoh ya. Apatah lagi jika peminat menyukai kedua-dua artis. Lebih lagi jika sama cantik sama padan untuk artis pujaan mereka. Memang peminat suka memberi pendapat kepada artis yang mereka gemari.

Apalah peminat ini, bukannya Zizan memuat naik gambar berdua, beliau memuat naik gambar bertiga namun yang mendapat perhatian ialah Daiyan dan Zizan. Kerana sama tinggi ketika bergambar.

Disebabkan sama tinggi semasa bergambar, mereka ligat memberi komen di ruangan komen bahawa adakah ini jodoh Zizan dan Daiyan. Macam-macam idea boleh tercipta ya, walhal kapsyen tidak berkait.

Tetapi betul juga, apakah mereka bakal berjodoh hehe.. Kerana, berdiri sama tinggi, duduk pun sama rendah alahai Zizan. Pandai betullah pilih tempat bergambar.

Siapa yang tidak mahu berkahwin, tetapi kalau dah belum sampai jodohnya, apa boleh buat. Belum bertemu jodoh nun jauh disana.

Peminat memang tak sabar nak menantikan bakal isteri buat artis pujaan mereka, Zizan. Namun apa kan daya, sabar sahajalah. Zizan sekarang mempunyai restoren ala-ala korean, dan terbaru, filem Rompak.

Komen yang bertanya atau memadankan Zizan dan Daiyan, adakah jodoh ini berterusan, semua memberikan komen pada komen yang berkait.

Ada juga mengatakan amboi, mentang-mentanglah Zizan single, tapi padan juga ya. Sama-sama single tak apa lah. Kita doakan saja semoga mereka cepat bertemu jodohnya. Ini komen-komen peminat.

Agaknya apa respon Daiyan jika soalan diajukan kepada Daiyan,mahukah dijodohkan dengan Zizan, Zizan pun diam saja.

Sumber: ig zizanrazak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!