“Yang pasti Abg Rayqal mesti ada siap dukung adik Aisya lagi” – Netizen

Nama pelakon popular Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berbakat dan tidak perlu di perkenalkan lagi. Wajahnya sering menghiasi drama- drama tanah air dengan bakat lakonan beliau yang luar biasa. Drama terkini lakonan beliau iaitu Dndam Seorang Isteri kini sedang hangat di tayangkan dan menerima maklum balas yang sangat memberansangkan daripada para peminat drama melayu.

Fasha mempunyai kelab peminat yang diberi nama We Love Fasha Sandha yang menyokong kerjaya seninya itu selama ini.

Fasha juga tidak smbong dan sering menjaga hati peminatnya. Fasha Sandha sering diberikan watak yang berat sejak kemunculan pertamanya dalam sebuah drama yang berjudul Natasha.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Sekiranya ada artis baru yang tidak menepati jadual waktu penggambaran pasti akan ditegur oleh Fasha. Sikapnya itu membuatkan beliau sering mendapat pujian dan berkat disiplin yang ketat itulah yang membuatkan nama Fasha masih kukuh dalam industri.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Bagaimanapun Fasha dan Jejai kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2016. Ketika itu Fasha berkata bahawa kehidupan berumah tangga yang beliau lalui dirasakan sangat mencabar.

Fasha turut mengakui bahawa restu keluarga juga memainkan peranan penting dalam kehidupan pasangan yang telahpun berkahwin.

Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Mereka berdua mula bekenalan ketika menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip. Fasha berkata dirinya selesa bersama dengan Aidil yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Sempena hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya baru-baru ini Fasha telah mengadakan majlis hari jadi untuk meraikan anak sulungnya iaitu Putra Rayfal. Majlis secara sederhana itu turut di hadiri oleh bekas suaminya Jejai.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dibuat dirumah Fasha dan di hadiri oleh jiran -jiran dan ahli keluarga terdekat Fasha.

Apa yang menarik ialah kehadiran Jejai di dalam majlis tersebut bersama anak lelakinya hasil perkahwinan bersama Nora Danish iaitu Rayqal turut mencuri tumpuan.

Keluarga bahagia itu tidak langsung merasa kekok merakamkan gambar kenangan bersama- sama. Malahan kehadiran Jejai dan Rayqal disambut mesra oleh Aidil dan dan diraikan oleh keluarga Fasha.

Aidil juga nampak sangat ikhlas dan berlapang dada merakamkan gambar bersama Jejai. Bertuah Rayfal kerana mempunyai dua orang ayahanda yang ikhlas menyayangi dirinya.

Kehadiran Rayqal sebagai abang sulung kepada Putera Rayfal dan adik beradik yang lain juga menerima pujian daripada para peminat Fasha dan netizen.

Meskipun berlainan ibu, namun mereka tetap mempunyai pertalian adik beradik kerana berkongsi ayah yang sama iaitu Jejai.

Perkara yang telah berlaku sebelum ini biarlah berlalu. Fasha dan Jejai juga tidak menyimpan dndam dan telah ikhlas menerima takdir masing-masing.

Para peminat turut mendoakan agar cahaya mata sulung kepada pasangan Jejai dan Nora Danish itu membesar menjadi seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Menjengah keruangan komen, netizen terharu dengan sikap kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga Fasha yang berdamai dengan Jejai demi kebahagiaan anak-anak.

Netizen berharap semoga Jejai juga cepat dipertemukan jodoh dan mendoakan hubungan kekeluargaan mereka menjadi seperti keluarga Abby dan Norman yang kini harmoni dan sangat bahagia. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat mereka.

“Ya Allah..suka tengok kluarga ni..hormani sungguh..x kira anak tiri..abang kandung..adik dari anak mak tiri..tapi bersiratul mcm kluarga sendiri..terharu saya tengok..benar la..orang baik..memang akn kelihatan baik walau dimana mana..Ma Syaa Allah..saya doakan moga kluarga ini sentiasa dlm lindungan Allah..”- Netizen

“semuga allah selalu melindungi hati2 kalian yang penuh kasihsayang…buat raykal..jadi anak yg baik pada keluarga besar awak tau…ramai orang sayang awak…” – Netizen

“Happy 9th birthday Rayfal. Semoga menjadi anak yg soleh, penjejuk hati keluarga dan sentiasa diberkati & dilindungi Allah swt. Aamiin “ – Netizen

Syabas Fasha kerana menjadi contoh buat netizen di luar sana. Syabas juga buat keluarga ini kerana berjaya mendidik anak- anak supaya saling sayang menyayangi antara adik beradik meskipun berlainan ibu. Walaupun jodoh tidak panjang namun kebajikan dan kebahagiaan anak-anak tetap diutamakan.

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!