“Yang last tu Mat Kilau hebat dik” – Netizen

Sememangnya bakat-bakat anak kecil harus dias4h sejak kecil lagi. Mana tahu jika minat mereka dipupuk, pasti akan membuah hasil. Contohnya, jika anak-anak minat menyanyi, apa kata hantar mereka ke kelas nyanyian atau pertandingan nyanyian. Kelak kalau ada agensi rakaman berminat dengan bakat tersebut, pasti mereka akan jadikan anak tersebut penyanyi dan muncul di kaca televisyen.

Sebabtulah ramai yang sudah mula berkecimpung dalam rancangan realiti sejak kecil lagi, contohnya bidang nyanyain. Bila dah besar, diorang sudah popular dah siap ada lagu sendiri lagi. Best kan ? Teringin tak nak macamtu.

Begitulah juga dalam bidang lakonan dan sebagainya. Biasanya kita akan lihat pelakon cilik yang mula berlakon dari kecil, sampai ke besar mereka menjadi pelakon sebagai contoh Fimie Don. Ingat lagi tak cerita Putera Shazlan ? Femes cerita tu suatu ketika dahulu.

Anak Dato Fazley Yaakob pun tak kurang hebat bakat lakonan. Ayah nya seorang chef, anak pula hebat berlakon. Kalau tak percaya tengok di Instagram Dato’ Fazley sendiri. Fariedz pun dah ada Instagram nya sendiri, bermacam video telah diupload.

Dato Fazley ada memuat naik video anak sulungnya yang katanya pandai buat impression. Anaknya yang bernama Fariedz Fazley tu pandai betul ye buat perodi lakonkan watak itu ini. Tak berkelip mata ni teruja melihat anak Dato Fazley tu.

Pandai betul ye Fariedz tiru satu persatu watak-watak yang diberikan. Kalau part abang India tu, memang sekali dengan accent nya keluar. Sekali dengan gaya-gaya nya dia ikut. Paling lawak part kain pelikat bertukar-tukar style nya.

Lepas ni bolehlah Fariedz join voice over atau berlakon. Pasti hebat. Tapi Fariedz pun pandai memasak, melalui instagram nya, ada juga video beliau memasak, hebat macam ayah nya juga. Memang banyak bakat yang dia ada.

Dato Fadzley pun sudah sedia maklum bahawa beliau adalah chef terkemuka. Tengok misainya juga dah ada gaya Salt Bae, kalau tak dapat pergi restoran Salt Bae, beli hasil hidangan Dato Fadzley pun dah kira okay.

Justeru, alanglah elok nya jika bakat dan minat anak sudah disemai sejak dari kecil lagi, kalau ada ibu bapa yang supportive, akan menaik kan lagi minat anak-anak dan mereka akan lebih bersemangat untuk berkecimpung dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

Sumber : Ig Fazleyyaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!