“Yang dekat tv3 tu memang Radin punya suara ke”- Netizen

Seperti yang kita ketahui, team Era sedang sibuk melakukan Tour Era mereka. Kalau dah namanya tour, sudah semestinya mengambil masa yang lama kan, seharian berada di lokasi tour tersebut. Tak lekat dekat rumah, ibaratnya keluar pagi, balik petang atau malam. Kalau sekejap tak syok lah.

Mereka bergerak ke lokasi tour dengan menaiki bas, penuh lah satu bas tu dengan kru dan artis. Teringat pula kenangan menaiki bas bersama rakan-rakan ke tempat lawatan sewaktu zaman sekolah dulu. Seronok kan.

Kalau dah ramai-ramai dalam bas tu, memang banyak lah ragam nya, ada yang buat hal itu, ada yang buat hal ini, riuh bas. Borak-borak macam dah lama tak jumpa kan, padahal sebelum ni kerja tempat yang sama.

Tapi, sedang asyik mereka berseronok, mereka tidak melupakan kewajipan dalam melakukan solat. Ada dimuat naik video Nabil yang sedang azan sewaktu di dalam bas, ketika sudah masuknya waktu Maghrib. Haa, on time.

Sesudah itu, disambung pula dengan Radin yang membaca doa selepa azan. Haa, time Radin baca doa lepas azan ni, semua netizen sangat teruja. Mana taknya, beliau betul-betul menghayati setiap p4tah perkataan.

Ramai netizen yang tertanya-tanya adakah suara Radin yang membaca doa selepas azan di Tv3, bukan apa, memang sebijik sangat. Rata-rata netizen sangat teruja dan ingin tahu siapa empunya suara, ramai yang meneka Radin.

Selama ni tak terfikir pun untuk nak tahu siapa kah tuan badan nya, tapi kali ni membuat kita tertanya-tanya pula. Boleh dah ni buat calon menantu.Betul tak ? Gurau saja, lagipun Radin baik orangnya. Sejuk perut ibu mengandung.

Pun begitu, ramai yang kagum dengan apa yang mereka lakukan, Nabil siap azan dalam bas guna mic lagi tau. Tu bermakna walaupun mereka sibuk, tetapi tidak pernah untuk meningg4lkan apa yang wajib. Bagus kan diorang ni.

Semoga kelakuan Team Era ini sedikit sebanyak dapat menjadi pedoman dan idola kepada anak muda dan orang ramai di luar sana. Walaupun sibuk, tetapi tidak tinggalkan apa yang patut, barulah professional gitu.Betul tak ?

Sumber : Ig Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!