“Yang adik tu pon pandang tak lepas je abang dia” – Netizen

Wajah anak Elfira Loy yang comel sentiasa menjadi perhatian netizen. Baru-baru ini tular permintaan netizen yang meminta beliau untuk beranak lagi kerana merasa geram melihat kecomelan kedua- dua orang anak pelakon berkenaan. Namun begitu, permintaan daripada para peminat Elfira itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada tuan empunya badan sendiri.

Kata Elfira, bukan mudah sebenarnya untuk melalui proses kehamilan, bersalin apatah lagi membesarkan anak-anak. Tambahan pula, beliau juga agak sibuk dengan aktiviti seni dan harian sebagai seorang usahawan dan pelakon.

Seloroh pelakon bertubuh genit itu lagi, sekiranya proses bersalin itu mudah seperti mesin fotostet, mungkin beliau akan bersalin seramai 10 orang.

Elfira juga belum punya perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata kerana anak keduanya baru sahaja mencecah usia empat bulan dan merancang untuk kembali hamil dalam masa empat tahun akan datang.

Sebelum ini, Elfira turut berkongsi mengenai kelahiran anak perempuannya ini telah di sambut sendiri oleh suaminya Muhammad Faris.

Elfira yang terharu dengan tindakan suaminya itu turut berkongsi rasa sebak serta terharu malahan menganggap suaminya itu sebagai hero kerana berani untuk menyambut sendiri kelahiran anak kedua mereka itu.

Terkini menerusi Instagram, Elfira berkongsi video terbaru kedua- dua anaknya yang terpaksa di tinggalkan bersama Tok Mama. Beliau berkongsi luahan rasa rindu terhadap anak- anaknya itu kerana terpaksa berjauhan dengan mereka selama 3 hari.

Di dalam video yang di kongsikan juga kelihatan anak lelaki sulungnya Rayyan begitu penyayang dan sangat pandai melayani adiknya Aria. Tok Mama juga sering menghantar video membuatkan perasaa rindu beliau kepada anak- anak semakin membuak.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga ‘cair’ melihat sikap penyayang yang di tunjukkan oleh Rayyan terhadap adiknya itu. Netizen juga berkata, adakalanya sikap anak- anak agak berbeza apabila tinggal bersama atok dan nenek mereka berbanding bersama ayah dan ibu masing- masing.

Namun begitu, netizen mendoakan supaya kedua- dua beradik itu membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi penyejuk hati Elfira dan suami apabila dewasa kelak. Pandai betul Abang Rayyan jaga adik. Berikut di kongsikan komen-komen netizen.

Elfira juga di puji kerana masih mampu lagi mengekalkan penampilan dengan menjaga fizikal dirinya dan kelihatan saling tak tumpah seperti anak dara.

Untung Elfira mempunyai tubuh yang kecil molek. Sentiasa nampak muda remaja walaupun sudahpun mempunyai dua orang anak. Tidak ubah seperti anak dara apabila sekilas pandang.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!