“Ya Allah, ujian apakah ini”- Datin Shahida

Sebut sahaja produk jenama DHerbs, pasti anda sudah tahu pengasas produk berkenaan. Siapa lagi kalau bukan Dato Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dahulu lagi. Produk mereka semestinya telah dikenali ramai rakyat Malaysia dan rata-rata pengguna produk adalah pengikut mereka di laman sosial media.

Selain Dato Aliff Syukri, Datin Shahida sering menjadi perhatian pengikut-pengikutnya di laman Instagram. Setiap kali posting video atau gambar oleh Datin Shahida sendiri, ramai pengikutnya memenuhi ruangan komen.

Walaupun hanya menjual produk sahaja, populariti Alif dan Shahida seolah-olah sudah seiring populairitnya dengan selebriti tempatan.

Anak-anak kepada Aliff dan Shahida pun turut sama menerima sedikit tempias populariti daripada ibu bapa mereka sendiri. Jangan terkejut,anak-anak datin shahida sememangnya popular dalam kalangan netizen tau.

Malah baru-baru ini, sebuah foto dikongsi Shahida telah menerima respon yang tinggi daripada netizen.

Gurauan dua beranak ini ternyata menghiburkan ramai netizen selepas melihat foto yang dimuatnaik Shahida.

Foto Shahida melayan gelagat anak bongsunya yang membuka dan menampal tuala wanita di atas dahi Shahida membuatkan netizen terhibur.

Ada-ada saja gelagat anak bongsu shahida ni ye, pandai bergurau dengan ibunya.

Sementara itu,foto tersebut telah menerima 15,000 tanda suka dan 500 komen daripada netizen.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!