“Wow melet0ps adik beradik ni”- Netizen

Ziana Zain dan Anuar Zain, dua beradik selebriti ini sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak remaja lagi. Kedua-duanya memiliki suara yang cukup merdu dan mereka antara penyanyi paling hebat di Malaysia. Tak disangkal lagi, bakat menyanyi dua beradik ini memang sangat luar biasa dan masih menjadi kesukaan ramai.

Namun sebenarnya jarang sekali kita lihat mereka berada di atas pentas yang sama. Betul tak? Kebiasaannya masing-masing mempunyai genre muzik mereka yang berlainan.

Siapa sangka, untuk tahun ini Ziana dan Anuar berganding bersama menerusi konsert yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi. Memang tak dapat bayangkan kehebatan dua penyanyi ini apabila bergabung, konsert itu semestinya bakal menerima sambutan yang luar biasa.

Ziana dan Anuar menerusi posting video di Instagram menunjukkan mereka sedang melakukan persiapan untuk konsert yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi.

Baru lihat video persiapan dua beradik ini, dah terasa kehangatannya. Nampaknya ramai tak sabar menantikan hari konsert pada 6 Ogos ini. Gandingan dua penyanyi hebat ini pasti akan membuatkan kita semua teruja untuk melihatnya.

Selain itu, video dikongsi Ziana itu telah menerima 93,000 tontonan dan komen daripada netizen. Ramai netizen mengeluh di ruangan komen memberitahu mereka tidak sempat membeli tiket gara-gara tiket habis dijual dengan sangat cepat.

Tiket konsert Ziana dan Anuar juga sudah berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat dengan harga tiket serendah RM288 sehingga RM1188.

Ada sebahagian netizen turut memberi semangat buat dua beradik ini. Persembahan yang cukup bertenaga sudah tentu daripada Ziana dan Anuar tidak lama lagi.

Semoga dipermudahkan buat Ziana Zain dan Anuar Zain untuk konsert akan datang. Konsert live in KL tu, mesti gempak dan best.

Tengok struggle betul Ziana Zain dan Anuar Zain praktik untuk konsert akan datang. Inilah semangat yang kita nak tengok, mesti best tengok konsert live dua beradik popular ini.

Sumber: Instagram iamzianazain

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!