“Warna ikan mcm warna kasut, mst dia ingat kasut blh hidup kalau campak dlm air” – Netizen

Setiap kanak-kanak mempunyai fasa tumbesaran yang berbeza dan pasti akan ada sahaja akal dan ragam baharu setiap hari apabila kanak-kanak ini mula meningkat besar. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting bagi mengajarkan anak-anak dan memperkenalkan keadaan sekeliling. Kebiasaan buat para artis yang sudah mempunyai anak, pasti mereka akan berkongsi dengan peminat tentang tumbesaran anak mereka masing-masing.

Bertukar status dari seorang artis bujang yang dikenali ramai kepada isteri dan kini juga merangkap sebagai ibu, pelakon wanita cantik ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan namanya lagi. Nur Fazura Sharifuddin yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga usahawan ini telah mengikat tali perkahwinan bersama seorang hero yang juga turut digilai ramai iaitu Fattah Amin.

Tahun 2020 merupakan tahun bermakna buat pasangan ini apabila mereka akhirnya telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur Fatima Aisya setelah hampir tiga tahun membina bahtera rumahtangga bersama.

Ramai yang memuji pasangan romantik Fazura dan Fattah ini pada awal pengumuman nama kepada puteri sulung mereka yang sangat ringkas dan tidak glamour. Walaupun lahir sebagai anak kepada selebriti popular tanah air, pasangan ini masih memilih nama panggilan Fatima yang dikatakan sangat melayu buat anak mereka.

Fatima yang kini sudah menginjak umur satu tahun lebih, ternyata makin berbagai ragam dan kerenah lucunya yang sering mencuri tumpuan para peminat. Video yang dimuatnaik oleh pasangan ini di Instagram fattzuralovelife, telah berjaya menarik perhatian ratusan warganet yang lucu dan terkejut dengan aksi Fatima yang membaling kasutnya ke dalam kolam ikan.

https://www.instagram.com/tv/CYlS7xnAwwi/?utm_medium=copy_link

Fattah Amin dan Fazura ketika itu sedang membawa anak mereka itu berjalan-jalan ke taman burung buat pertama kalinya. Persinggahan ke kolam ikan itu ternyata telah menjadi drama apabila Fatima secara spontannya telah membuka kasutnya untuk dicampak ke dalam kolam.

Fazura yang sedang merakam detik-detik kebersamaan Fatima bersama daddy juga terkejut dengan detik cemas yang berlaku itu. Mujur Fattah Amin yang sedang memegang Fatima ketika itu bertindak pantas untuk mengambil kasut yang sudah dicampakkan.

Lucu dengan telatah dari Fatima Aisya yang sudah membuat ibu dan ayahnya itu terkejut, netizen mengatakan bahawa Fatima tertarik dengan warna ikan yang sama dengan warna kasutnya itu sehingga dia berbuat demikian.

Ada-ada sahaja ragam dari Fatima semenjak sudah cukup umur satu tahun ni. Bukan mommy dan daddy sahaja yang terkejut, kita yang tengok video ni pun terkejut dengan telatah Fatima. Semoga Fatima dapat membesar dengan sihat dan lebih bijak lagi selepas ni.

Sumber: Instagram fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!