“Dari haritu s0ngkok aku hil4ng, sini rupanya dia pergi”- Netizen

Penyanyi Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi ketika melakukan persembahan di Semi Final AJL36. Malah Fesyen ‘aneh’ yang digayakan Aina menjadikan penyanyi bersuara merdu ini sentiasa tampil dengan kelainan dan masih menutup aurat dengan sempurna. Meskipun pelbagai reaksi yg diberikan netizen, Aina masih tetap dengan pendiriannya untuk tampil lain daripada yang lain.

Jika diperhatikan, Aina akan tampil unik dengan sentuhan pereka fesyen terkenal tempatan ketika majlis karpet merah atau ketika melakukan persembahannya.

Dari situ bermulanya bualan hangat netizen tatkala melihat penampilan fesyen Aina di laman sosial media dan di kaca televisyen.

Tak dinafikan Aina penggemar fesyen tempatan dan berjaya mempersembahkan hasil sentuhan pereka fesyen di khalayak ramai.

Baru-baru ini, Aina berkongsi foto lengkap berbaju kemeja bersaiz besar dan seluar hitam disertakan dengan songkok. Jika sekali pandang, fesyen Aina ala-ala gaya pakaian seorang lelaki.

Lebih melucukan, ramai netizen mengusik Aina menerusi ruangan komen.

Bukan itu saja,ramai netizen kagum dgn keyakinan Aina mengetengahkan elemen seni dalam penampilannya dan bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

Agaknya apa fesyen yang Aina bakal pakai nanti,mesti lawa dan kekal tutup aurat..

Sumber: Instagram Ainaabdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!