“Tokkk mcm zaman 4u2c tokk, masih bergetah Dato” – Azza Elite

Bekerja dalam bidang yang kita minat sememangnya mudah untuk seseorang melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Maka sudah pasti sesuatu kerja itu dilakukan secara ikhlas kerana kita suka dengan kerja tersebut. Bukan kerana terpaksa atau sebab-sebab tertentu. Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, kita juga akan disukai oleh orang sekeliling.

Seperti selebriti Dato AC Mizal, beliau sinonim dengan kehebatannya sebagai pengacara majlis. Tidak kiralah majlis kecik atau majlis besar, beliau langsung tidak kekok dan sudah banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan.

Tak dinafikan, bakatnya sebagai pengacara dapat menarik perhatian ramai dan membuatkan ramai orang suka melihatnya. Orang kata ada aura yang tersendiri gitu..

Siapa sangka, sudah berpuluh tahun Ac Mizal kerja sebagai hos dalam pelbagai jenis majlis.

Baru-baru ini, beliau menzahir perasaan terharu dan gembira apabila seseorang menghargai kerja yang dilakukannya menerusi posting video di Instagram. Bukan mudah ya bila seseorang menghargai usaha dan kerja kita.

Menerusi posting video yang dikongsi Ac Mizal, video tersebut menunjukkan kesungguhan beliau menghiburkan para tetamu di dalam salah satu majlis korporat. Kesungguhan beliau itu juga membuatkan orang menghargai usahanya.

Sementara itu, video tersebut juga menghiburkan netizen yang melihatnya. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ac Mizal yang sering berjenaka dan tidak pernah mengecewakan penonton.

Video tersebut telah meraih 20,000 tontonan dan rakan selebriti turut memberi komen pada posting Ac Mizal.

Begitulah apabila buat kerja dengan ikhlas, orang pun ramai suka tengok kita. Bakat Ac Mizal dari dahulu hingga sekarang tetap maintain bagus.

Alhamdulillah masih bertenaga Dato Ac Mizal. Dah berpuluh tahun jadi emcee, confirm banyak pengalaman yang berharga.

Sumber: Instagram Emyliadac

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!