“Tgk org lain buat meluat, tp yg ni comel sgt” – Netizen

Raya Aidilfitri pada tahun ini akhirnya dapat disambut dengan cukup meriah sekali. Apabila sudah dua tahun tidak dapat beraya, tahun ini memang semua menghabiskan masa mereka bersama keluarga tercinta. Dan raya kali ini juga, kita dapat menikmaati hidangan juadah raya yang popular antaranya lemang dan nasi impit bersama kuah kacang.

Jangan terkejut ye kalau ada yang makan lemang tanpa berhenti. Contohnya macam penyanyi kesayangan ramai ini iaitu Dato Siti Nurhaliza, banyak lemang yang dimakan olehnya, Tokti sendiri mengaku tau….

Maka terhasilnya satu video baru daripada Tokti yang menghiburkan peminat-peminatnya. Tokti pun kaki Tiktok juga tau, ada je video Tokti yang jadi viral hehe.

Mana tidaknya, semua video Tokti sentiasa menerima banyak pujian daripada peminat-peminatnya. Mereka pun akui, video Tokti memang tidak pernah mengecewakan.

Apa sahaja video yang dimuatnaik Tokti di laman sosial media, tak pernah menjengkelkan peminat-peminatnya. Malah lebih banyak permintaan daripada netizen.

Jika lihat pada video Tokti yang terbaru, Tokti hanya sekadar membuat video tersebut untuk hiburan semata-mata. Wajah semulajadi Tokti tanpa solekan juga membuatkan sebahagian netizen kagum melihat kecantikannya yang semulajadi itu.

Agaknya apakah rahsia di sebalik kecantikan semulajadi Tokti kan… Kena minta tips daripada Tokti ini.

Memandangkan Tokti sentiasa aktif berkongsi video di Instagramnya, video terbaru itu telah mencapai 486,000 tontonan meskipun baru dimuatnaik beberapa jam yang lalu.

Rata-rata netizen memuji wajah cantik Tokti dan masih awet muda. Bagi mereka, Tokti sesuai dengan wajah tanpa solekan. Cantik semulajadi katanya.

Suka betul tengok video-video Tokti. Tokti pun sporting main Tiktok dengan Aafiyah pun selalu join sekali. Alang-alang tu boleh lah nak request video tips kecantikan semulajadi dari Tokti kan hehe…

Sumber: instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!