“Tersenyum pulak tengok Nayla bertelekung merah tu, cute” – Netizen

Berjauhan dengan anak bukanlah perkara mudah untuk semua ibu bapa lakukan. Dek kerana tugas kerja hakiki atau lain-lain hal, ada sebahagian ibu bapa yang terpaksa akur untuk berjauhan dengan anak. Baru sehari berjauhan, hati terasa sebak. Bila punya anak ini, kasih sayang kita terhadap anak lebih dari segala-galanya.

Hakikatnya siapa yang mahu berjauhan dengan insan yang mereka sayang? Mesti setiap orang ingin sentiasa bersama anak sepanjang masa. Cukup perit untuk meningg4lkan orang yang kita sayangi.

Situasi sebegini pasti pernah dilalui ramai ibu bapa termasuklah pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir sendiri. Atas urusan kerja di luar negara, mereka buat pertama kalinya terpaksa berjauhan dengan cahaya mata kesayangan Ana Nayla.

Sebak hati hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ibu bapa yang terpaksa lalui pengalaman sebegitu.

Ayda sempat berkongsi sebuah video yang cukup meruntun hati ramai netizen apabila kelihatan Ayda dan Nabil menangis tatkala meningg4lkan Ana buat sementara atas urusan kerja di Taiwan.

Menurut Ayda pada kapsyen Intagram beliau, mereka berjauhan dengan Ana selama 12 hari dan akui memahami perasaan ibu bapa yang terpaksa tinggalkan anak dalam tempoh yang lama.

Baru hari keempat di Taiwan, Ayda akui sudah merindui puteri kesayangannya. Siap bawa bantal dan selimut milik Ana.

Dalam pada itu, video Ayda telah menerima banyak respon daripada golongan ibu bapa yang turut melalui pengalaman sama seperti Ayda dan Nabil. Ramai ibu bapa yang juga terpaksa berjauhan dengan anak-anak atas urusan kerja dan ada kalanya berjauhan sehingga tempoh yang cukup lama.

Video Ayda menerima 213,000 tontonan sejak dimuatnaik Rabu lalu dan ada juga sebahagian netizen memberikan kata-kata semangat buat Ayda.

Sebak betul tengok Ayda dengan Nabil menangis terpaksa tinggalkan Ana Nayla. Semoga dipermudahkan urusan suami isteri ini. Siapa pernah lalui situasi berjauhan dengan anak? Mesti perit kan…

Sumber: Instagram aydajebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!