“Terbukti dari kecil perempuan selalu betul” – Netizen

Sememangnya mempunyai anak-anak kembar ini bukanlah mudah. Mana taknya, kena handle orang sekali terus. Tak menang tangan dibuatnya. Sorang buat hal macam tu, sorang lagi buat hal macam ni. Dahla dua-dua umurnya sebaya sahaja. Barang-barang semuanya kena beli sama dan serupa. Kalau sama jantina, semua kena sama.

Anak-anak Dr.Sheikh Muszaphar, ada empat daripada nya yang kembar. Dua pasang kembar. Sepasang kembar laki, sepasang kembar lelaki dan perempuan. Noah dan Adam, Emelia dan juga Eusoff. Comel-comel semuanya kembar Dr.Sheikh.

Yang selalu mencuri perhatian adalah pasangan kembar kepada Emelia dan juga Eusoff tulah. Dua orang kecil yang comel lote. Macam-macam gaya mereka yang sangat menghiburkan. Memang tak kan berhenti kita gelak akan lucu mereka tu.

Ada dimuat naik video Emelia dan juga Eusoff yang sedang bermain susun-susun. Comel sangat tengok telatah dua orang beradik tu tau. Kalau korang tengok video tersebut, sudah tentu korang akan geli hati dan terhibur besar dengan gaya mereka.

Paling lucu sekali, melihat telatah Emelia yang duduk membebel-bebel dekat Eusoff, duk kata “jangan,jangan,jangan’. Ngekek gelak tengok telatah si kecil tu tau. Pandai betul eh bebel. Kecil-kecil lagi dah menghiburkan hati kita semua.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan telatah mereka berdua terutamanya Emelia tu, ngekek gelak layankan karenah dia tu. Dekat manalah dia belajar bebel macam tu kan ? Mesti dari Dr.Halina. Betul tak ? Hehe.

Kembar dua orang ni selalu cakap dalam bahasa Melayu, manakala kembar lagi seorang lagi tu pula asyik speaking saja. Kalau korang dengar dua beradik ni berborak, sudah tentu korang semua akan tergeli hati. Bukan saja lucu, malah menghiburkan.

Tak perlu tengok kembar pun takpa, tengok saja anak yang sorang itu pun sudah sangat menghiburkan. Inikan pula kalau mereka ni double atau triple kan ? Lagilah pening kepala kita dibuatnya. Penat nak layankan lucu dan lawak mereka.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini semuanya comel-comel belaka. Segala apa yang mereka lakukan, sudah pasti akan menghiburkan hati kita semua. Kadang tu, menda yang simple sahaja pun boleh buat kita tergelak.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!