“Terasa sebak lah tengok taman2 syurga”- Netizen

Di sebalik kntr0versi yang melanda dunia hiburan pada ketika ini, masih ada lagi perkara baik sedang dilakukan ramai selebriti tempatan yang telah berhijrah. Salah satu selebriti tempatan yang telah berhijrah ialah pelakon Lisa Surihani, beliau kini lebih aktif dengan aktiviti keagamaan dan juga tampil dengan penampilannya yang lebih low profile.

Melihat penampilan Lisa yang terkini, beliau lebih kepada bertudung labuh dan menutup aurat dengan cukup sempurna. Sejuk mata memandang bila memandang Lisa dengan penampilannya sekarang.

Selain Lisa, artis popular yang turut sama berhijrah ialah Neelofa, Kila Fairy, Izara Aishah dan ramai lagi. Melihat selebriti wanita ini yang semakin cantik dengan penampilan lebih menutup aurat, sekaligus mereka ini boleh menjadi contoh buat masyarakat Malaysia terutamanya wanita islam di luar sana.

Tidak salah jika kita jadikan mereka ini sebagai ikon musliimah dan mencontohi sikap positif yang ada pada diri mereka.

Baru-baru ini, Lisa berkongsi momen yang menunjukkan beliau telah menghadiri sesi usrah di kediaman Linda Rafar bersama ustaz popular, Ustaz Wadi serta berkumpul beramai-ramai dengan selebriti wanita lain antaranya Nora Ariffin, Ziela Jalil dan ramai lagi.

Syukur alhamdulillah, sukanya melihat selebriti Malaysia yang sudah ramai berhijrah ke arah lebih baik. Mereka antara selebriti yang kini fokus dan aktif mengejar akhirat.

Mengejar populariti kini bukan lagi fokus utama buat Lisa yang kini sudah berhijrah. Malah netizen juga ramai akui suka melihat Lisa dan rasa tenang tatkala melihat Lisa.

Sementara itu, video Lisa telah menerima banyak pujian dan komen positif daripada netizen. Rata-rata netizen memuji Lisa yang kini semakin tampil cantik semulajadi dan aktif dengan aktivti keagamaan.

Video perkongsian Lisa itu juga telah menerima 600,000 tontonan dan 56,000 tanda suka sejak dimuatnaik enam jam lalu.

Semoga kita semua juga akan diberi hidayah dan lebih menjadi baik di masa akan datang. Cantiknya tengok Lisa sekarang, lebih menutup aurat dan sejuk mata memandangnya.

Sumber: Instagram lisasurihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!