“Tengok cara dia tiup lilin, sopan mcm ibu dia sebijik”- Netizen

Tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza apabila doa beliau selama ini untuk mendapatkan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt. Penantian beliau yang mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat itu bernoktah apabila beliau di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah.

Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga beliau dan suami yang hampir 11 tahun menantikan zuriat.

Tokti yang telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia hampir 2 tahun.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah.

Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan beliau memperolehi Aafiyah menerusi proses rawatan IVF 4 tahun yang lepas.

Malahan kandungan kedua anaknya juga iaitu Muhammad Afwa merupakan kembar kepada Aafiyah kerana embrio Muhammad Afwa terjadi pada hari yang sama dengan kakaknya Aafiyah.

Menerusi perkongsian terkini pelantun lagu Antapermata itu di media sosial, beliau memuatnaik satu video ringkas sambutan hari jadi anaknya Siti Aafiyah yang di raikan oleh pihak pengurusan hotel.

Sewaktu video itu di muatnaik, Tokti dan suami sedang bercuti ke Genting Highland untuk meraikan hari jadi Siti Aafiyah.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak.

Malahan anak sulungnya juga sudah menginjak usia empat tahun. Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya.

Rata- ratanya berkata sikap sopan dan sangat menjaga tingkah laku yang dimiliki Aafiyah itu kerana didikan oleh ibu bapa dan mencontohi keperibadian Tokti sendiri yang terkenal dengan sikapnya yang sangat sopan santun, lemah lembut dan merendah diri.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir dan doa yang baik buat permata hati kesayangan Tokti itu.

Walaupun baru berusia empat tahun namun Aafiyah sangat bijak dan petah bertutur. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.

Netizen juga berkata mereka sebak dengan ucapan dan doa yang Tokti titipkan buat Aafiyah. Berikut dikongsikan juga ucapan dan komen yang di tulis oleh rakan- rakan artis.

“Sanah helwah afiya comey..sebak plk bace ucapan tokti.yg dh lame ttc je paham mcm mane rase” – Netizen

“Happy Birthday Lovely Aafiyah. Semoga Berjaya dan menjadi kebanggaan ayah ibu Dunia Akhirat “ – Netizen

“Mashaallah Afiyah dah 4 tahun. I still remember the day she was born. Happy Birthday Afiyah “ – Netizen

Tidak hairanlah mengapa Tokti masih lagi diminati sehingga kehari ini. Sikap merendah diri yang dimiliki penyanyi dan usahawan tersebut sangat luar biasa dan sikap berkenaan lah yang telah di amalkan oleh dirinya sekian lama sejak beliau mula- mula bergelar penyanyi dahulu.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!