“Tak tidur malam lah Zizan lepas tu”- Netizen

Filem Abang Long Fadil 3 bakal memasuki pawagam seluruh Malaysia pada September ini. Penampilan barisan pelakon hebat antaranya Zizan Razak dan Elizabeth Tan sebagai watak utama telah membuatkan ramai penonton tidak sabar untuk melihat gandingan mereka berdua. Lebih-lebih lagi apabila filem berunsurkan aksi ini antara filem arahan Syafiq Yusof yang bakal menjadi kesukaan ramai.

Gandingan mantap Elizabeth Tan dan Zizan Razak menerusi filem itu juga sangat mengagumkan apabila melihat lakonan mereka menerusi trailer filem. Tengok trailer filem pun dah gempak, confirm best ni..

Selain Zizan dan Elizabeth, pelakon berbakat seperti Johan, AC Mizal antara barisan artis yang telah menjayakan filem Abang Long Fadil 3 ini.

Malah menerusi press conference yang dianjurkan baru-baru ini, kelihatan ramai barisan artis yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Menerusi posting video oleh Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, beliau turut sama menghadiri press conference untuk filem Abang Long Fadil 3 baru-baru ini.

Di dalam video berkenaan, mata netizen lebih tertumpu kepada gelagat manja Lizzy memegang Zizan dan rata-rata netizen mula mengusik Zizan di ruangan komen.

Dan ada juga sebahagian netizen akui, suka melihat lakonan Lizzy yang nampak hebat dan penuh dengan aksi.

Video dimuatnaik Lizzy telah menerima tontonan sehingga 140,000 tontonan dan rata-rata netizen juga memuji kehebatan Lizzy berlakon dalam filem aksi. Nampak professional betul.

“Gempak giiler tengok lizzy, mantap giila lakonan lizzy, im proud to see your acting, tak sabar nak tengok cerita ni”-Netizen

Mantap betul tengok lakonan Lizzy, baru tengok trailer dah rasa wow. Ini mesti boleh pecah panggung sama macam filem Mat Kilau.

Sumber: Instagram elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!