“Tak padan paras bahu, sekali dia tepis berkecai tulang ib”- Netizen

Siapa saja tak mengenali pelawak terkenal Shuib Sepahtu dan juga tiktokers yang bernama Ryan Bakery ni. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam membuatkan para netizen terhibur dan tergelak ketawa dengan lawak mereka. Apa yang lebih menarik, mereka berdua sudah berkolaborasi dalam mempromosikan produk Shuib iaitu BubbleBee.

Anda semua pun pasti sudah sedia maklum bahawa Ryan telah menjadi duta kepada produk Shuib ni. Dan cara mereka mempromosikan BubbleBee ni pun sangat luar biasa tau idenya. Bukan seperti yang selalu kita tonton, tapi iainya sangat penuh dengan elemen lawak.

Biasanya kalau tengok iklan kita rasa cepat je nak skip iklan tersebut, tapi cara Shuib membuat promosi terhadap produk nya sangat menarik dan membuatkan kita nak tengok video tu sampai habis. Promosi mereka memang padu dan tak pernah mengecewakan.

Mana taknya, iainya merupakan sambungan kepada sketsa Geng Pangkah Burung yang tidak kehabisan tu. Tapi, kalini ini sangat lucu. Dari awal sampailah ke akhir, rasa nak gelak je tengok telatah mereka semua tu.

Ryan dan Shuib yang konon nya acah ga4ngster mengugut rakan nya dengan meminta wang sejumlah rm20. Yang tak menahan nya, Shuib tu dahla lebih kecil dari m4ngsa bul1nya, bak kata netizen, sekali ditepis nya Shuib tu, mahu berkecai tulang.

Sesudah mendapat wang tersebut, mereka segera ke outlet BubbleBee untuk membeli ice cream tersebut. Ramah disapa oleh abang cashier, mereka mengorder ice cream yang paling murah sekali untuk 2 orang. Cukup ke Rm20 tu nak beli dua ice cream ?

Sesudah itu, abang cahsier pun berikan ice cream itu kepada mereka. Bila ditanya jumlah 2 ice cream tersebut, rupanya sudah lari bajet. Jumlah untuk 2 ice cream tersebut adalah rm25. Tapi mereka ada rm20 je.

Tulah, muka je acah gster, tapi nak beli BubbleBee pun tak cukup duit, siap ug0t kawan minta duit dari mereka lagi. Ingatkan dah cukup gster, rupanya tidak. Lawak betul tengok dua orang Geng Pangkah Burung ni.

Akhirnya mereka pun keluar dengan hanya satu ice cream dikongsi bersama. Abang cashier bagi satu cawan kosong supaya boleh dibahagi.

Tapi, part last ni paling, ada ke patut Ryan bahagikan ice cream tu tak sama rata, haa, kalau nak tahu macam mana Ryan sukat ice cream tu, bolehla segera tekan link video tersebut. Sump4h lawak.

Sumber : Shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!