“Sukanya makan ramai2 kat bawah camni, rasa kasih syg tu”-Netizen

Ramadhan sudah pun tiba, kini umat Islam semuanya terpusu-pusu dan mengejar dan mengejar untuk mengumpul pahala di bulan yang mulia ni. Inilah bulan yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. 30 hari yang sangat bermakna, banyak aktiviti yang boleh kita semua lakukan di sepanjang bulan ini.

Bagi anak-anak kecil pula,mungkin bagi mereka yang masih di fasa permulaan, agak sukar untuk mereka mempraktikkan puasa selama sebulan, Sebabtulah ibu bapa selalu saja nak upah bagi duit raya dekat diorang semua ni, korang pernah dapat duit raya sebab puasa penuh.

Dan, yang paling menarik sekali adalah, waktu berbuka puasa. Waktu inilah yang sangat dinanti-nantikan oleh semua yang berpuasa. Tibanya azan dan waktu berbuka. Wah, time berbuka ni, takpayah cakaplah, segala juadah disusun di depan mata.

Style yang paling disukai ramai, iailah berbuka puasa dalam keadaan bersila dan beramai-ramai di atas lantai. Terus dapat imbau kembali zaman ketika kecil-kecil dulu, rasa macam berada di kampung halaman bersama-sama dengan keluarga.

Bukan saja mengimbau kenangan, tetapi dapat raptkan ukhawah. Bayangkan makan bersama-sama dengan satu keluarga besar, kemudian berlaga-laga lutut dan pass pass lauk dan juga juadah. Seronok kalau dapat imbaut balik kenangan tu.

Bila balik kampung saja, akan ada lah makanan atas lantai sebegini. Tapi, itu semua atas pilihan masing-masing khususnya jika keluarga besar dan juga ramai. Kalau bilangan sikit, lebih mudah makan atas meja, apa yang penting, dapat makan.

Pun begitu, ramai yang sangat teruja melihat keluarga ini, ikatan persaudarran Memey dan juga Abby seringkali menjadi rujukan ramai. Ramai sangat yang adore akan mereka berdua ni, dah macam adik-kakak, tiap masa asyik berkepit je.

Seronok sangat bila tengok keluarga besar yang berkumpul beramai-ramai ketika berpuasa, pun begitu juga dengan solat tarawih bersama-sama. Rasa ikatan kekeluargaan semakin erat, bukan senang dapat berkumpul macam ni dengan ahli keluarga.

Memang tak dapat dinafikan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan okeh semua. Banyak program yang boleh kita semua lakukan bersama, bagaimana pula dengan keluarga korang ? Marilah raikan nya bersama-sama.

Sumber : Ig Memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!