“Suka tengok dia lembut mcm Mommy”-Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini sentiasa menjadi kesukaan ramai, melihat telatah mereka, dan juga ragam nya membuatkan kita semua tersenyum dan geli hati. Mana taknya, mereka seringkali membuatkan kita terhibur dengan perangai dan telatah mereka yang bersahaja tu. Korang semua sukakan anak-anak kecil tak ?

Ada anak kecil yang selalu jenis banyak mulut,bak kata orang “mulut becok”. Ada juga yang jenis pemalu. Macam-macam character masing-masing kan. Yang pastinya, semua nya jenis dan menghiburkan hati kita semua. Perangai yang comel, muka pun comel. Betul tak ?

Siapa di sini kenal anak kesayangan Memey Suhaiza dan juga Norman Hakim yang bernama Mikayla. Haa, siapa yang kenala si comel tu, sudah tentu korang semua cukup tahu kan betapa banyak mulut nya si kecil tu. Tak berhenti bercakap. Pot pet pot pet sana sini.

Selalu saja dimuat naik video Mikayla, dan mendapat banyak suka serta komen dari para netizen. Mana taknya, semua video Mikayla, semuanya lucu-lucu belaka. Geram je rasa nak cubit pipi dan mulut tu. Banyak cakap sungguh je, banyak mulut lah katakan.

Kali ini, video tentang Mikayla yang duduk bergurau dengan mummy dan juga daddy nya tu. Bila ditanya anak siapa, terus dijawabnya anak mummy dengan daddy. Anak Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza. Alahai, pandai betul lah dia ni. Ni mesti Memey ajar ni.

Rata-rata netizen teruja akan kepintaran dan juga tahap kelucuan family tersebut. Bila ditanya anak siapa, terus dikatanya anak Norman dan juga Memey. Hehe, pandai sangat lah budaknya, sopan je jawab pertanyaan parents nya tu. Sopan macam mummy dia lah.

Bak kata netizen juga, sopan sangat budaknya, dahla comel, sopan pula tu. Sebijik macam Memey Suhaiza, mummy kesayangan nya tu. Yelah, anak Memey kan,mestilah perangai pun kena ikut perangai parents nya tu, bukan takat iras wajah, malah perangai pun sama.

Kalau korang jumpa anak kecil yang sebegitu, sudah pasti korang akan terhibur dengan perangai mereka kan. Mana taknya, selalu anak kecil ni, jenis tak banyak cakap dek kerana malu. Bila dah jumpa yang jenis banyak cakap dengan kita, memang syok lah kita nak ajak borak kan.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil seringkali menjadi kesukaan ramai, dengan telatah dan juga perangai mereka yang bersahaja. Tentu saja akan membuatkan kita semua terhibur dan tergelak kan. Sebabtulah ramai yang suka akan budak-budak.

Sumber : Ig Mikayladelishahakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!