“Suka tengok daddy layan Fatima, anak manja daddy sangat ni”- Netizen

Setiap dari anak kecil, pasti mereka pernah digelar naka ayah atau anak mak ka. Yang mana dipanggil anak ayah sebab tim kecik sangat rapat dengan ayahnya, takpun dek kerana mempunyai perangai yang sama dengan ayah nya. Begitulah juga dengan anak mak. Tengok diorang lebih manja dengan siapa.

Tapi, itu hanya gelaran saja, bukanlah untuk membuat ibu ayah nya tersinggung kerana hanya dianngil anak mak atau anak ayah sahaja. Agaknya tim kecil dulu orang panggil kita anak mak ke anak ayah eh ? Cuba ingat balik.

Biasanya bila si ayah tegas, anak-anak akan pergi bermanja dengan maknya. Tapi tegas kerana ingin mengajar anak-anak supaya tidak terlalyu manja dan nak suruh mereka ni lebih berdikari, bukannya nak harapkan mak ayah semata.

Fatima Aisya yang merupakan anak kepada pelakon Fattah Amin dan Fazura, seorang yang sangat comel dan pandai berborak tau. Comel sangat tengok cara dia berborak dengan mummy dan daddy nya tu. Banyak cakap betul.

Ada dimuat naik video nya yang sedang bermain game di gadjet. Dan di situ juga ada daddy kesayangan nya tu. Amboi, manja sangat ni Nyamma dengan daddy. Bila ada daddy je terlebih manja ye si comel tu ye. Geram tengok kecomelan mereka.

Syok sangat main game nya tu, bila daddy nya tanya itu ini, pandai je dia jawab. Anak daddy betul lah. Tersenyum-senyum tengok kecomelan anak-beranak ni. Lagipun, Nyamma ni memang jenis rapat dengan daddy dia.

Kelmarin ada juga dimuat naik video Nyamma yang beria menangis sebab Fattah nak pergi kerja. Kuat betul dia menjerit nak daddy dia tu, bila mummy nya tanya nak toys atau tak untuk menarik perhatian si kecil tu, tak dilayan langsung pelawaan tersebut.

Yang dia tahu, nak daddy dia ada dekat situ je. Comel betul perangai si kecil tu. Tak jadi kerja nak dibuatnya. Bila mummy offer toys pun dia taknak. Terpaksalah mumy nya pujuk juga ye, sekejap je kerja nya tu.

Tapi, memang kelihatan Nyamma sangat rapat dengan daddy nya tu. Selalu ada dimuat naik video mereka berdua bergurau senda. Dengan mummy pun dia rapat juga, Nyamma rapat dengan dua-dua nya sekali. Happy family gitu.

Sumber : Ig Bamtahdolly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!