“Still ada sentuhan kuulit dgn lelaki” – Netizen

Semenjak berhijrah sekitar Ogos tahun lalu, penampilan pelakon kecil molek cantik manis nan seorang ini memang sentiasa menjadi perhatian netizen. Apa tidaknya, berbeza 360 darjah wataknya berbanding sebelumnya, Izara Aishah, sejak berhijab sentiasa nampak bertutup litup sebagaimana tuntutan terhadap seorang Musliimah sama ada penampilannya itu dikongsikan oleh dia sendiri mahupun netizen. Ramai yang kagum, pandai menantu Datuk K dan TokTi itu menjaga auratnya. Malah tak kurang yang memuji dirinya kelihatan semakin ayu sejak bertudung.

Apa yang diharapkan ramai peminatnya agar Izara dapat istiqomah dengan cara penampilannya itu agar sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada lebih ramai gadis serta wanita di luar sana. Tampaknya semenjak berhijrah Izara kekal sebegitu.

Begitupun, kalau dah namanya bekerja dengan orang lain, mahu tak mahu, sesiapa pun selagi bergelar manusia, tak mustahil akan terkhilaf. Walaupun terlihat kecil di mata orang lain, namun tidak untuk sebahagian yang lain. Hanya Dia Yang Tahu.

Sebagai model, berkongsi hantaran dirinya yang memperagakan busana berona hijau, seorang crew lelaki barangkali stylish atau make up artist yang membega tudung Izara dilihat netizen sedikit bersentuhan kuulit dengannya. Ada yang mempertikaikan.

Yelah… Sebagai Mvslimah sudah tentu tak boleh bersentuhan kuulit dengan yang bukan mahram. Gamaknya faham akan keadaan Izara terpaksa berdepan situasi itu kerana terpaksa, ada yang rasa kasihan padanya dek dalam menjaga, ‘terlepas’ jua.

“Sepatutnya lelaki tu pakai la sarung tangan, kesian Izara”, “Harap lepas ni Izara kena berhati-hati, bila nak jadi Mvslimah sejati kena jaga semua sudut”, “Pakaikan tudung sebelum tu nampak leher tak, pastu pakaikan cincin ada sentuhan kuilit la kan..”. Itu antara komen netizen.

Huh.. ramainya yang sayang dengan Izara ya… Kata orang tegur tu tanda sayang. Tak kurang jua yang faham akan keadaan wanita berusia 30 tahun itu yang baharu berhijab, justeru berharap agar Izara dapat lebih berjaga-jaga dalam menjaga auratnya pada masa mendatang.

Di awal penghijrahannya sebelum ini, Izara bertindak memadam gambar lama tidak bertudung, malah isteri kepada Adib Khalid ini memuat naik beberapa foto berhijab dengan sempurna tanpa sebarang kapsyen menerusi laman Instagram (IG).

Terdahulu Izara pernah berkongsi dengan media akan rasa kurang selesa dan risau perubahan dirinya terlalu diperbesarkan. Menyifatkan sebutan hijrah, nampak seperti agak berat, makna hijrah itu sendiri luas dan besar, katanya.

Dengan kerendahan hati, Izara mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dizahirkan susulan penghijrahannya. Ia amat bermakna buatnya, katanya. Izara juga model merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Dia mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011.

Sumber: IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!