“Sian dia, mampu telan air liur je”-Netizen

Siapa saja tidak sukakan budak-budak kecil ? Sudah semestinya kita semua sangat menyukai mereka semua. Melihat telatah mereka yang sangat comel dan juga menghiburkan hati kita semua, sudah pasti akan membuatkan kita semua terhibur dan tergelak hati. Betul tak ? Dahla comel, banyak akal pula tu kan.

Budak-budak ni, sangat suka tiru dan ikut apa saja yang mereka lihat di sekeliling. Sebatulah, kita kena tunjuk yang elok-elok saja dekat mereka semua ni. Sebab mereka suka tiru dan ikut apa saja yang mereka lihat. Korang yang ada anak kecil mesti faham akan situasi ini kan.

Ada dimuat naik video anak kepada Haziq Hussni, iaitu gelagat anak kesayangan nya yang bernama Zara, yang sedang merebut makanan dengan mummy kesayangan nya tu. Haha, alahai Zara pun nak makan makanan orang besar ke ?

Beria Zara nak ambil makanan yang dipegang oleh mummy dia tu. Sibuk je awak dik oi nak makan makanan orang besar kan. Kita tak bagi mereka makan bukan sebab apa, mestilah ada sebab tertentu kan. Orang dewasa mesti cukup faham akan perasaan ini kan.

Lepas mummy nya hulur makanan tersebut, terus dia nak ambil da nisi masuk dalam mulut. Memang sangat lucu dan kelakar melihat telatah anak-beranak tu. Mummy dengan daddy nya punyalah halang taknak kasi Zara makan makanan tersebut.

Bak kata Haziq, Zara tak boleh makan lagi. Bukan apa, sebab dia tak ada gigi lagi. Nak kunyah macam mana kan ? Kena makan bubur dan cereal jelah adik oi. Awak tu tak ada gigi lagi, tapi lagaknya seperti orang dewasa. Comel betul lah.

Tak lama kemudian, punyalah sedih sebab tak dapat dapat makan roti mummy dia, terus ditariknya plastic pembungkus roti tersebut dan dimasukkan ke dalam mulut. Time Zara nak ngap plastik, satu family dia ketawa kan Zara dan terhibur dengan aksi si kecil tu.

Zara tak dapat makan roti, terus dia nak makan plastic tu eh ? Haha, lawak betul lah perangai awak ni dik. Terlampau comel dan melucukan lah perangai awak adik oi. Geram je rasa nak cubit tau. Nasib baik takda dekat depan mata, kalau dah mesti dah kita cubit.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini perangainya semua comel-comel belaka. Buat jelah apa-apa pun, sudah semestinya akan membuatkan kita semua terhibur dan terhibur hati dengan segala telatah yang mereka lakukan itu. Betul tak ?

Sumber : Ig Haziq_hussni

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!