“Setelah lebih 15 tahun lamanya, puteri reunion 2022 is back”- Nora Danish

15 tahun lalu, salah sebuah drama popular telah ditayangkan di TV3 dan drama tersebut sememangnya menggamit kenangan kita semua ketika zaman muda dahulu. Kalau anda masih ingat, drama bersiri Puteri lakonan utama Nora Danish pernah popular satu ketika dahulu dan menerima banyak tontonan. Sebut sahaja Puteri, pasti teringat tagline ‘So kita enjoy.’

Tak dinafikan, ramai membesar dengan drama popular Puteri ini. Terkenang saat-saat waktu kecil dan muda remaja kan..

Walaupun sudah 15 tahun lalu, Nora Danish masih kelihatan cantik seperti dahulu. Siapa sangka, Nora dan pelakon-pelakon Puteri bakal menghiburkan kita semua sekali lagi menerusi drama bersiri Puteri Reunion.

Ia bakal ditayangkan di saluran TV3 pada hari pertama Syawal tak lama lagi seperti yang diumumkan oleh Nora di Instagramnya. Drama Puteri dibawakan khas untuk penonton pada hari raya aidilfitri.

Inilah saat-saat yang dinantikan penonton untuk melihat semula barisan pelakon drama Puteri selain Nora iaitu Beego dan Kanchana Devi. Pasti riuh suasana dengan kehadiran tiga pelakon utama Puteri ini.

Selain itu, posting Nora yang memuatnaik gambarnya bersama Beego dan Kanchana Devi telah membuatkan ramai netizen teruja untuk melihat mereka berganding semula dalam drama Puteri.

Netizen sudah mulai tidak sabar untuk menonton Puteri selepas sekian lamanya. Ada juga sebahagian netizen terkenang menonton drama Puteri ketika zaman muda mereka.

Sementara itu, posting Nora telah peroleh 35,000 tanda suka dan 644 komen daripada netizen selepas memuatnaik foto di Instagram miliknya.

“Pak Badar dengan Aunty Lilian ada tak, rindunya dulu balik sekolah tengok cerita ni, wah kecik2 dulu selalu tengok puteri, yang penting kita enjoy”- Netizen

Bestnya Drama Puteri Reunion nak ditayangkan nanti, mesti ramai tak sabar nak tengok drama popular ini. Yang penting kena enjoy tengok Puteri ni hehe..

Sumber: Instagram Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!