“Sepatutnya lahir hari yg sama dgn Ummi dia” – Neelofa

Sebagai manusia kita pasti ada perancangan kita untuk apa sekalipun. Namun, perancangan kita tidaklah sebaik dan sesempurna perancangan Tuhan. Tuhan lebih mengetahui apa yang lebih baik kerana yang baik dan sempurna itu datang dari Dia. Begitu juga apabila para ibu mengandung. Pakar akan berkata tarikh perancangan bagi kelahiran bayi-bayi namun hanya pada kuasa Allah sahaja yang menentukan yang tepat.

Siapa tidak asing lagi dengan nama pelakon, pengacara dan model tersohor negara iaitu Neelofa. Beliau memulakan karier beliau dalam industri apabila dinobatkan sebagai pemenang utama untuk program Dewi Remaja 2009/2010.

Beliau yang sekarang bukan sahaja membina nama sebagai seorang selebriti, tetapi beliau juga berjaya membina nama sebagai seorang entrepreneur yang berjaya masa kini.

Pada tahun 2021 dimana genap beliau berusia 32 tahun, beliau telah menamatkan zaman bujang beliau bersama lelaki pilihan beliau yang juga seorang selebriti iaitu Haris Ismail.

Pasangan itu dilihat sebagai sebuah pasangan yang sangat romantik dan sangat menjaga adab mereka dihadapan netizen. Seperti semua ketahui juga, Neelofa telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Januari 2022 dan diberi nama Muhammad Bilal

Baru-baru ini, Neelofa ada mengongsikan sebuah gambar dimana gambar tersebut menunjukkan gambar ultrasound bayinya ketika dalam kandungan dan mengikut tarikh EDD atau tarikh kelahiran anak beliau adalah 10 Februari 2022 dimana j4tuh pada hari yang sama dengan hari ulangtahun Neelofa sendiri.

Menurut Neelofa di kapsyen beliau, beliau berkata “Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..”. Beliau juga sempat mendoakan kesejahteraan anaknya dan memohon agar Bilal membesar menjadi anak yang soleh.

Neelofa turut memuat naik ig story menunjukkan kaki Muhammad Bilal dihari lahirnya dan dikongsikan oleh ig teamnya.

Netizen rata-rata semua mengucapkan selamat hari jadi kepada Neelofa dan ada juga yang mengatakan tanda syukur mereka kerana idol mereka iaitu Neelofa telah mendapat jodoh yang baik dan sekarang menjadi seorang ibu.

Segalanya adalah ketentuan Illahi. Apa yang datang dari Dia hanyalah yang baik, dan yang buruk datang dari kita. Tiada kata benar yang lain dapat diungkapkan. Apa sahaja yang berlaku adalah mengikuti perancanganNya dan kita perlu bersyukur atas pemberian Tuhan pada kita.

Sumber : Ig Neelofa, Lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!