“Semua perangai sebenar keluar” – Netizen

Tanggal 19 Nov tahun lalu penyaksikan penyatuan dua hati antara penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli dan pasangannya iaitu Anis Sofia. Penyanyi berkenaan yang selama ini cukup berahsia mengenai hubungan percintaan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang cukup muda. Wanita bertuah yang dikenali sebagai Anis Sofea merupakan seorang gadis berusia 19 tahun kelahiran kelantan.

Para peminat mula mengenali Haqiem ketika beliau masih kecil apabila penyanyi berkenaan menyertai pertandingan Idola Kecil. Beliau kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian untuk menimba ilmu dan melebarkan kerjaya seninya.

Tuah akhirnya menyebelahi beliau apabila lagu beliau yang berjudul Segalanya mendapat tempat di hati para peminat dan seterusnya beliau memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Tergantung Sepi.

Terdahulu, perkenalan antara Haqiem Rusli dan isteri beliau itu khabarnya bermula terlebih dahulu sebagai rakan kongsi perniagaan sekitar dua tahun lalu apabila mereka berdua sepakat untuk membuka restoran ‘steambot’.

Bagaimanapun, enggan menunggu lebih lama Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 akhirnya memutuskan untuk membawa hubungan rakan kongsi perniagaan itu kepada hubungan yang lebih serius apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang awal tahun lalu.

Ramai netizen yang kagum dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri Haqiem Rusli itu dan rata-ratanya berkata wajah Anis Sofea atau nama sebenar gadis tersebut Wan Anis Sofea persis usahawan dan model terkenal iaitu Hanis Zalikha. Tidak kurang juga yang menyamakan wajah beliau turut seiras penyanyi Elizabeth Tan.

Bersempena hari lahir Haqiem Rusli yang j4tuh pada 16 Jun, isteri penyanyi berkenaan iaitu Wan Anis Sofea telah memuatnaik satu video yang mengumpulkan beberapa gambar dan video kenangan mereka berdua bercuti bersama.

Menerusi video yang di kongsikan oleh Sofea, kelihatan pelbagai gelagat gil4- gil4 yang di tunjukkan oleh Haqiem semasa meluangkan masa bersama isterinya.

Siapa sangka di sebalik karakter Haqiem yang selalu serius menyanyi di atas pentas beliau sebenarnya seorang yang β€˜masuk air’ ketika bersama isteri tercinta.

Walaupun peminat terkejut melihat perkongsian gelagat lucu Haqiem yang di kongsikan oleh isterinya namuan para peminat memuji keserasian pasangan tersebut yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir dan doa buat Haqiem.

Tidak ketinggalan juga para peminat yang turut mendoakan pasangan berkenaan sentiasa bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Berikut pula di kongsikan antara komen komen yang di tulis oleh para peminat buat penyanyi kesayangan ramai itu.

Selamat hari lahir di ucapkan buat penyanyi Haqiem Rusli. Dengan usia yang baru sahaja mencecah 24 tahun, semoga Haqiem bertambah matang dalam mengharungi kehidupan dan juga menjadi seorang suami mithali dan sentiasa bahagia melayari kehidupan berumahtangga bersama isteri tersayang.

Sumber: ig anissofeaaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!