“Sekali pegang xnak lepas”, sweetnya bila Neelofa usap janggut PU Riz

Hanya selang seminggu sahaja daripada majlis pernikahan kakaknya, harini pula telah berlangsung majlis pernikahan bekas pengacara Meletop iaitu Noor Neelofa. Neelofa dan PU Riz telah pun selamat diijabkabul dalam majlis yang meriah bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Hanya dengan sekali lafaz, Neelofa  sah menjadi milik PU Riz atau nama sebenar beliau Haris Ismail iaitu seorang pendakwah bebas.

PU Riz kelihatan sangat tenang semasa berjalan masuk ke dalam dewan dan membacakan doa untuk memulakan majlis. Majlis pasaangan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Pasaangan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

PU Riz mula dikenali setelah menjadi salah seorang peserta dalam sebuah program pencarian pendakwah yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen tidak lama dahulu.

Hubungan antara Neelofa dan PU Riz mula berputik setelah kedua-duanya mula bekerjasama dalam badan amal yang ditubuhkan oleh Neelofa iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa.

Neelofa kelihatan sangat anggun dan jelita ketika berjalan masuk ke dalam dewan menuju ke pelaminan. Setelah selasai upacara akad nikah, kedua-dua mempelai membatalkan air wudhuk dengan saling bersalaman buat pertama kali sebagai pasaangan suami isteri.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh kenalan terdekat pengantin, mereka mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Haris. Apa yang mencuri tumpuan apabila Neelofa di lihat mengusap janggut PU Riz beberapa kali di dalam video tersebut.

Video tersebut telah dikongsikan semula menerusi sebuah Instagram peminat Neelofa.

Rata-rata para peminat merasakan kelakuan Neelofa terhadap suaminya itu sebagai sesuatu yang sangat manis sebagai pengantin baru. Para peminat juga mengucapkan rasa syukur di atas penikahan tersebut.

Mereka turut mendoakan agar artis kesayangan mereka bahagia dengan pilihan hatinya. Peminat Neelofa turut memuji wajah jelita Neelofa yang kelihatan berseri-seri di hari bahagia beliau.

Selamat pengantin baru diucapkan buat Neelofa dan PU Riz. Semoga fasa baru dalam kehidupan mereka ini membawa seribu rahmat untuk hari-hari yang akan datang. Mudah-mudahan juga pasaangan ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung keturunan.

Sumber: lofa.world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!