Wajah hampir seiras, Nabila dan Engku Aleesya kelihatan anggun di majlis Neelofa

Hari ini terjawab sudah kisah hubungan pengacara terkenal Neelofa dan PU Riz apabila mereka berdua telah pun selamat disatukan dalam majlis yang bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Majlis pasngan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Pasngan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

Hanya dengan sekali lafaz, Neelofa telahpun sah menjadi milik PU Riz atau nama sebenar beliau Haris Ismail iaitu seorang pendakwah bebas. PU Riz mula dikenali setelah menjadi salah seorang peserta dalam sebuah program pencarian pendakwah yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen tidak lama dahulu.

Hubungan antara Neelofa dan PU Riz mula berputik setelah kedua-duanya mula bekerjasama dalam badan amal yang ditubuhkan oleh Neelofa iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa.

Turut mencuri perhatian dalam majlis itu adalah pasngan pengantin baru yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan jumaat minggu lalu iaitu Nabila dan Engku Emran.

Menerusi Instagram story, Nabila memuatnaik beberapa keping gambar beliau bersama ahli keluarga di majlis pernikahan adiknya itu. Tidak ketinggalan mencuri tumpuan adalah gambar yang dikongsikan oleh beliau bersama suami Engku Emran dan juga anak tirinya Engku Aleesya.

Nabila dan Aleesya kedua-duanya tampil sopan mengenakan selendang. Wajah mereka berdua kelihatan seiras dan nampak rapat antara satu sama lain.

Engku Aleesya pula merupakan satu-satunya anak hasil daripada perkahwinan pertama Engku Emran dan Erra Fazira pada tahun 2007. Pasngan tersebut bagaimanapun bercrai pada tahun 2014 setelah hampir 7 tahun mendirikan rumahtangga bersama. Engku Aleesya kini telahpun berusia 11 tahun.

Sudahpun meningkat keusia awal remaja, Aleesya tidak kekok membawa dirinya dalam majlis besar dan mudah bergaul mesra dengan ahli keluarga barunya. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan netizen terhadap gambar tersebut.

Bagus betul didikan ibu dan bapa Engku Aleesya dalam membesarkan anak perempuan mereka. Aleesya kelihatan sangat sopan dan mempunyai budi pekerti yang sangat baik.

Semoga hubungan yang baru terjalin antara kedua buah keluarga ini akan bertambah erat dan membuatkan Aleesya lebih gembira bersama dengan ahli keluarga besar beliau yang baru.

Sumber: igs noor nabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!